June 11th, 2019

Walaupun sudah bahagia berkahwin dan mempunyai kehidupan baru, pelakon Nora Danish tetap menjaga hubungan baik dengan bekas mertuanya dan menziarahi mereka pada Hari Raya Aildilfitri. Tidak dinafikan, ramai yang hormat dengan sikap Nora.

Menurut Nora, dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan silaturahim yang telah terjalin dengan bekas mertuanya itu.

Saya dan suami selalu bertemu dengan ibu dan keluarga masing-masing. Seminggu lebih dari dua kali. Kami berdua ni memang jenis yang rapat dengan keluarga walaupun sudah berkahwin. Agaknya mungkin kerana kami berdua adalah anak bongsu. Hal ini juga tidak terkecuali dengan keluarga bekas mertua.

Tak perlu fikir apa tanggapan orang yang penting, keikhlasan kami mengekalkan silaturahim antara keluarga tanpa mengira pangkat atau darjat. Lagipun, saya tidak mempunyai keluarga yang besar. Jadi merekalah ‘keluarga’ saya di sini. Kenapa harus ditamatkan ikatan yang sudah terjalin lebih dari 13 tahun?

Memang wajar Nora dijadikan contoh buat masyarakat di luar sana. Tidak bermakna apabila berlaku penceraian, hubungan dengan mertua juga putus. Apa yang penting dalam menjaga silaturahim adalah lakukannya dengan hati yang tulus ikhlas. Semoga hubungan Nora dan mertuanya akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : Utusan Online


40 responses to “Tiada Sebab Putuskan Hubungan Dengan Bekas Mertua – Nora Danish”

  1. mesti la..bekas MIL tu kan yg sponsor p cuti bagai..brg2 raykal kannnn?

  2. GIGIKAPAK says:

    Satu benda yang aku nampak Nora Danish ni,dididik dengan baik oleh Mak dia.Sebab aku tak pernah nampak “Mak Nora”mencapuk kat mana2 ig fb atau blog.Tak pernah nampak “Mak Nora” sound2 bekas besan dia selama ni.Berbanding dengan mak fasha dulu, habis dikatanya Mak Jejai gitu gini.Antara hubungan nora dgn mertua nak berbaik pada aku, memang takde masalah,sebab Nora adalah ibu kepada cucu sulung bekas mertua dia.Bak kata Nora “kenapa harus ditamatkan ikatan yang dah terjalin lebih 13 tahun sementelah keluarga dia pun tak besar kat sini…..

  3. tipahhhh says:

    aku dulu bercerai, tang masing2 single, aku masih boleh raya n melawat ex parents in law aku, but bila ex laki aku kawin lain, aku stop, cuma bila jumpa kat mana2 ex parent in law aku akan tegur n salam, bg aku itu istilah menjaga silaturahim. Even ex laki aku buat hal smpai cerai,itu antara aku n dia,not his parent or new wife. aku a hormat n jaga perasaan wife dia, n her turn utk menyantuni my ex parent in law tu. aku pun da selamat ada suami n parent in law baru.haha.

Loading...