Written by Bella | April 12th, 2019

Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial apabila pelawak terkenal bertindak membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas. Pengawal itu ditumbuk tiga kali dibahagian muka dan ditendang dibahagian pinggang.

Pelbagai spekulasi mula timbul mengaitkan nama Lan Pet Pen dalam insiden tersebut. Susulan itu, netizen mula mengecam beliau dan pada masa yang sama turut menggesa syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah bersama Lan untuk membatalkan kolaborasi mereka dengan artis tersebut.

Terbaru, pengarah agensi pelancongan Ambar Travel & Tours, Nor Aishah Idris berkata pihak mereka terpaksa menunda pakej umrah itu kerana tidak mendapat sambutan.

Pakej umrah itu sebenarnya bergantung pada jumlah peserta yang berminat. Mengikut syarat perjanjian, Lan perlu mencari peserta sendiri. Tapi bila sampai masa, pihak kami dan Lan sendiri gagal mengumpul peserta menyebabkan pakej umrah yang dipromosikan di Instagram itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Untuk pengtahuan semua, Lan Pet Pet bukanlah duta yang dilantik untuk syarikat kami. Mengikut perjanjian dan beberapa syarat yang ditetapkan, sekiranya Lan berjaya melaksanakan trip tersebut, baru dia dilantik menjadi duta.

Tambah Aishah, pihaknya belum menerima sebarang maklum balas daripada Lan mengenai kes melibatkan pelawak yang viral itu, namun mereka berlapang dada dan tiada niat untuk membesarkan isu tersebut.

Sumber Berita : mStar Online

20 responses to Tiada Sambutan, Umrah Bersama Lan Pet Pet Ditunda

  1. nina says:

    rosiah chik tak bersalah!!!!

    • Anonymous says:

      senyap la ko..slalu sgt petik nama org dh meninggal..rosiah chik la, neng yatimah la,latif borgiba..lawak..so lame..lebih baik kau hadiahkan Al-fatihah je dekat drg

      • Anonymous says:

        my suggestion is let this be the last reply. after this, dia merapu we just thumbs down & ignore. dia just want the attention je tu, let’s just ignore him

        • Anonymous says:

          die ni kurang kasih sayang je…so cara die jadi attention seeker buat prangai bodoh mcm ni

        • Anonymous says:

          hhahahha, sekurang2nya dia kenal artis veteran2 dulu tu…mgkn kome x kenal, google dulu baru tahu kan..

    • Anonymous says:

      die ni kurang kasih sayang je…so cara die jadi attention seeker buat prangai bodoh mcm ni

    • Anonymous says:

      nina bohsia tak laku tu yg meroyan terus sebut nama arwah arwah legenda..

  2. hahaha says:

    tak nak petik nama boskurrrr kurrr kurrr ke. hahaha

  3. Alanice says:

    Agak2 kuar x kt melodi

  4. Piano says:

    Brlpang dda mnta maaf.x rgi pe pn sbb da trnyta salah.kuat tul pnangan netizen ni.

  5. Anonymous says:

    Status IG camtu pun x menarik minat pergi umrah dengan Lan PetPet ni.3 sebab pasaipa hampa kena p umrah….

  6. ikanbakar says:

    Dasar penunggang agama betul. Apa jenis orang la beli pakej umrah sebab nak pegi umrah bersama artis ni?
    Tukang jual pakej, artis dengan tukang beli sama naik.

  7. esaj jendul says:

    boikot je bg pengajaran kat dia…biar org amik pakej kat org lain…x layak jd duta…

  8. Anonymous says:

    pegi dgn artis tak best pegi dgn ustaz lah dapat banyak ilmu ugama ………….

    • lan pot pot says:

      yes..sokong 100%…tu cm gi nk melancong lebih…selfie sana cni…ibadah ntah ke mana…

  9. a says:

    Apa benda merepek la org sekarang ni pegi umrah dengan artis (jap, artis ke pun? lol). Ko hengat ni nak pergi bercoti bersuka ria dekat las vegas ke henet. ayy geram tol la buat main2 benda mcm ni

  10. Anonymous says:

    Baik pergi dgn ustaz best dia byk ilmu.

  11. alfie says:

    Bila popularity dah layu mula depa start menagih respect dari orang ramai sebab mereka sangka depa ni femes dan perlu di bagi muka! Podah!