Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiada Ruang Berdamai, Kes Cerai Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Berlanjutan

sharnaaz ahmad

Kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian.

sharnaaz ahmad

Advertisement

Terbaru, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur  menetapkan tarikh 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam), berhubung kes perceraian pasangan tersebut.  Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Aktara Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan) 1984 dimana mahkamah mempunyai kuasa melantik  dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu rumah tangga Sharnaaz dan Nabila.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai jalan penyelesaian bagi masalah mereka dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini.

nabila nafkah rm500

Menurut peguam yang mewakili Sharnaaz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata pihaknya sedang mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah agar kedua-dua pihak dapat hidup aman damai.

Keputusan hari ini, mahkamah menetapkan pelantikan hakam bagi menyelesaikan semua isu dan mencari jalan terbaik. Kita ada peruntukan undang-undang untuk merujuk kes ini ke hakam pula. Dua-dua pihak ada alasan masing-masing dan kalau tiada penyelesaian mereka ada hak untuk bawa ke peringkat seterusnya iaitu hakam.

Advertisement

Kita sekarang ini dalam usaha nak selesaikan semuanya secara terbaik supaya masing-masing hidup aman dan damai.

Terdahulu, pelakon tersebut enggan menceraikan Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun yang lalu dan telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya. Sebelum ini, Nabila turut memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Anonymous

    November 7, 2019 at 11:41 am

    bosan lah cerita shahnaz & nabila nih… bila nak cerai ni asek pusing2 kisah yg sama tang tu jgk xcerai lagi..
    shahnaz tu pun satu bodoh piang.. dh nmpk lopak perli2 kt socmed lagi mau stay dgn family puaka tu..

  2. Anonymous

    November 7, 2019 at 9:20 am

    mcm something wrong je nabila mmg dah tawar hati teruk mesti ada sesuatu Si sharnaaz buat ni , perempuan klau dh move on mmg xkan turn back dah believe me.

  3. Anonymous

    November 7, 2019 at 8:15 am

    Selalunya kes cerai berai ni mesti dtg dr both pihak. Xde la nak kata si Nenas tu baik sgt tp Nabila pun kena muasabah diri dia jugak, why? Sekali maybe salah org lain, 2x, still but 3x? This is not about 3rd world mind or pe this is realiti idup.

    Frankly, from experience bila bergaul dgn yg bercerai idup ni beri lah sedikit masa and lihat dgn hati yg terbuka menilai attitude mrk, u leh, x byk sket fhm knp mrk bercerai.

  4. Munah

    November 7, 2019 at 3:01 am

    Selalu nak salahkan perempuan..Mana kita tau apa masalah keluarga dia..Bodoh ke perempuan kalau dh dpt suami hensem kalau baik percakapan dia ckup bagi nafkah semua x kan bini nk mnta berpisah..Kadang ada perempuan tak bernasib baik selalu dpt suami yg culas dgn tanggung jawab…Semua harap bini bayar mntg mntg tau bini byk duit.. ambik kesempatan..bila cerai jmp lagi suami baru perangai sama lagi pon culas tanggungjawab..cerai lagi…hbis tue trus salah kan perempuan sbb penah 2x kawen..apa akai masih tahap 3rd world country..Perempuan kalau dh smpai x mau truskan perkahwinan mmg sbb dh tawar hati…

  5. Anonymous

    November 6, 2019 at 10:24 pm

    masa birthday PA dia lofake pesan kt PA jgn kawin dulu. begitu perangai lofake andartu habis org keliling di kacau nyer jgn berlaki.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top