Written by Bella | November 6th, 2019

Kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian.

sharnaaz ahmad

Terbaru, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur  menetapkan tarikh 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam), berhubung kes perceraian pasangan tersebut.  Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Aktara Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan) 1984 dimana mahkamah mempunyai kuasa melantik  dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu rumah tangga Sharnaaz dan Nabila.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai jalan penyelesaian bagi masalah mereka dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini.

nabila nafkah rm500

Menurut peguam yang mewakili Sharnaaz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata pihaknya sedang mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah agar kedua-dua pihak dapat hidup aman damai.

Keputusan hari ini, mahkamah menetapkan pelantikan hakam bagi menyelesaikan semua isu dan mencari jalan terbaik. Kita ada peruntukan undang-undang untuk merujuk kes ini ke hakam pula. Dua-dua pihak ada alasan masing-masing dan kalau tiada penyelesaian mereka ada hak untuk bawa ke peringkat seterusnya iaitu hakam.

Kita sekarang ini dalam usaha nak selesaikan semuanya secara terbaik supaya masing-masing hidup aman dan damai.

Terdahulu, pelakon tersebut enggan menceraikan Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun yang lalu dan telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya. Sebelum ini, Nabila turut memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sumber Berita : mStar Online

11 responses to Tiada Ruang Berdamai, Kes Cerai Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Berlanjutan

  1. Anonymous says:

    bini dh taknak pun masih terhegeh2 lagi kt bekas janda ni… beli lah ferrari sebijik baru terbeliak.. baru family lopak pujuk si nabila berdamai.. kalo satu hala jer ko shahnaz memang kalah laa dgn mulut puaka family paki tu..

  2. Adil says:

    rasa nya elok lagi kalau x sebut pasal bangsa…. saya pon pakistan jugk…. bangsa x salah…..

  3. Anonymous says:

    sume dh trigger jadah family lofa ni jenis paki lain mcm skit.. dulu2 dpt dtg msia asal dpt kawin org msia happy dh lesen niaga.. dpt tinggal terus.. itu atuk nenek.. dpt keturunan msia di asak anak2 target nya yg kaya byk duit.. perangai cucu tu nnti harap sedar diri lah yer..

  4. Yuss Mohd Yusar says:

    Move on lah Abang Naz… Jaga je anak tu nanti.. Ramai lagi perempuan yg jauh 1000x lebih baik dari dia… Dah 2x kawen. 2x gak ada masalah so kita blh fikirlah silap kat pihak mana.. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Abg Naz lps ni..

  5. Anonymous says:

    Selagi lopak campurtangan selagi itu tak akan selesai.
    Nanti lopak sindir2 lagi di socmed dan rancangan kepunyaannya meletop tu.
    Kakaknya dah janda dulu mesti nak lagi jadi janda sebab lopak belum kawin2.
    Ini nanti adiknya yg pakistan tulin tu lagi nanti dikuasai nanti sebab boleh mendatangkan hasil.
    Mesti tunduk dibawah telunjuknya.

  6. Anonymous says:

    masa birthday PA dia lofake pesan kt PA jgn kawin dulu. begitu perangai lofake andartu habis org keliling di kacau nyer jgn berlaki.

  7. Munah says:

    Selalu nak salahkan perempuan..Mana kita tau apa masalah keluarga dia..Bodoh ke perempuan kalau dh dpt suami hensem kalau baik percakapan dia ckup bagi nafkah semua x kan bini nk mnta berpisah..Kadang ada perempuan tak bernasib baik selalu dpt suami yg culas dgn tanggung jawab…Semua harap bini bayar mntg mntg tau bini byk duit.. ambik kesempatan..bila cerai jmp lagi suami baru perangai sama lagi pon culas tanggungjawab..cerai lagi…hbis tue trus salah kan perempuan sbb penah 2x kawen..apa akai masih tahap 3rd world country..Perempuan kalau dh smpai x mau truskan perkahwinan mmg sbb dh tawar hati…

  8. Anonymous says:

    Selalunya kes cerai berai ni mesti dtg dr both pihak. Xde la nak kata si Nenas tu baik sgt tp Nabila pun kena muasabah diri dia jugak, why? Sekali maybe salah org lain, 2x, still but 3x? This is not about 3rd world mind or pe this is realiti idup.

    Frankly, from experience bila bergaul dgn yg bercerai idup ni beri lah sedikit masa and lihat dgn hati yg terbuka menilai attitude mrk, u leh, x byk sket fhm knp mrk bercerai.

  9. Anonymous says:

    mcm something wrong je nabila mmg dah tawar hati teruk mesti ada sesuatu Si sharnaaz buat ni , perempuan klau dh move on mmg xkan turn back dah believe me.

  10. Anonymous says:

    bosan lah cerita shahnaz & nabila nih… bila nak cerai ni asek pusing2 kisah yg sama tang tu jgk xcerai lagi..
    shahnaz tu pun satu bodoh piang.. dh nmpk lopak perli2 kt socmed lagi mau stay dgn family puaka tu..

  11. Sunrise sunset says:

    Urmm teringat kes Jimmy Shanley dulu.. Tak tau kenapa rasa lebih baik sharnaz lepaskan saja si nabila nie.. Mungkin ada yang dia nak kejar dan dapatkan. Saya doakan hak penjagaan diberikan kepada awak sharnaz sekiranya awak benar.. Semoga dipermudahkan..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini