October 21st, 2020

Terpalit dengan isu yang tular ketika ini iaitu penglibatan artis dalam aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran sehinggakan meraih pendapatan sehingga RM40,000 satu malam, syarikat pengurusan pelakon Scha Elinnea tampil menafikan penglibatan aktres tersebut dalam kes tersebut.

Absolut Management selaku wakil pengurusan aktres tersebut turut menafikan Scha ada menerima kredit masuk ke dalam akaun banknya sebanyak RM40,000. Menurut satu kenyataan media, pihaknya sentiasa memantau aliran tunai peribadi yang keluar masuk dalam akaun Scha Elinnea, atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen, 21.

Penafian itu dibuat berikutan tindakan sebuah blog yang didakwa menggunakan paparan menunjukkan tangkap layar dalam artikel berhubung kes membabitkan skandal seks artis. Menurut wakil pengurusan Absolut Management, blog berkenaan telah menggunakan profil Instagram artis di bawah naungannya sebagai gambar hiasan dan ianya telah mencemarkan imej Scha meskipun blog tersebut tidak menyebut namanya dengan jelas.

View this post on Instagram

Scha Elinnea . For enquiries please contact us at +60 12 718 0210 or email us at [email protected] #absolutmanagement

A post shared by ABSOLUT MANAGEMENT (@absolutmanagement) on

“Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan artis kami menerima kritikan yang negatif melalui media sosial miliknya. Perkara ini secara tidak langsung telah mencalarkan reputasinya kini yang merupakan seorang pelakon baru,”

Dalam pada itu, wakil pengurusan Scha turut menuntut permohonan maaf dalam tempoh 24 jam dan sekiranya gagal, mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blog berkenaan.

View this post on Instagram

Keep lurkin, that’s why I’m public

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea) on

View this post on Instagram

@absolutmanagement

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea) on

Mengimbas kembali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaporkan bahawa terdapat aktiviti pelacuran dalam kalangan artis dan selebriti yang turut berkait rapat dengan aktiviti Macau Scam yang disiasat secara besar-besaran pada ketika ini.

Sumber : Astro Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...