August 6th, 2020

Siapa yang mahu mengalah selepas perniagaan yang diusahakan tidak lagi mampu bertahan? Selepas 5 tahun menjalankan bisnes tudung di bawah jenama Arriandra, Tomok telah mengumumkan penutupan perniagaan itu pada Khamis lepas.

tomok tutup perniagaan tudung

Jelas penyanyi itu, keputusan yang berat itu diambil selepas usaha untuk mempertahankan perniagaannya itu tidak berhasil.

“Sudah berapa tahun kami cuba untuk bertahan tapi itulah dia… bisnes ada naik turun.”

Bahkan Tomok tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah menyokong Arriandra termasuklah sesiapa yang pernah bekerja dengan jenama itu mahupun yang ada membeli tudung tersebut.

 

View this post on Instagram

 

berat untuk saya tapi ianya kena di lakukan..terima kasih korang yang pernah sokong arriandra . yang pernah bekerja dengan kami,yang pernah beli tudung dari kami,yang pernah datang booth dan juga beli secara online . secara rasminya arriandra di tutup hari ini…nanti saya cari tempat untuk clearkan balance tudung..korang support eh . insyaallah ada yang lebih baik di masa yang akan datang…insyaallah,amin

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Kalau anda nak tahu, perniagaan tudung itu telah diusahakan oleh Tomok dengan kerjasama rakan kongsinya dan mereka menjualnya menerusi dalam talian dan juga di laman e-dagang.

Jelas Tomok lagi, dia akan membuat julan murah dalam masa terdekat ini untuk menghabiskan stok lebihan tudung yang ada.

“Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini… nanti saya cari tempat untuk habiskan lebihan tudung.”

Penyanyi itu juga menjanjikan bahawa dia akan menjual dengan harga yang murah sahaja, malahan tudung serendah RM5 pun ada nanti.

tomok tutup perniagaan tudung

Mungkin bukan rezeki untuk kekal dalam perniagaan tudung, Tomok kini hanya menguruskan perniagaan francais minuman Chatime serta pemanis mulut Street Churros yang terletak di Aeon Mall, Shah Alam dan Seremban2.

Sumber: mStar Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...