Tiada Resit Selepas Buat Bayaran, Restoran Line Clear Diserbu Kastam

Trending

Tiada Resit Selepas Buat Bayaran, Restoran Line Clear Diserbu Kastam

Restoran Nasi Kandar Line Clear yang terkenal di Penang Road di sini diserbu pegawai kastam malam tadi susulan menerima aduan daripada pelanggan yang restoran itu tidak mengeluarkan resit GST (invois cukai).

Advertisement

Kira-kira 9 malam semalam, pegawai kastam yang berpakaian biasa menyamar sebagai pelanggan, mula membuat pemerhatian untuk mengenal pasti sama ada pelanggan diberikan invois cukai atau tidak.

Penolong Pengarah Kastam Pulau Pinang (Unit Pengesanan Registran, GST) Mohd Imran Mohd Roslan berkata pegawainya pergi ke restoran itu selepas menerima aduan yang resit tidak diberikan selepas membuat bayaran.

“Restoran itu nampaknya tidak ada rekod bagi semua transaksi mereka.

“Memandangkan restoran itu juga berdaftar untuk GST, kami akan menyiasat jika mereka mengelak membayar cukai,” katanya.

Imran berkata rakaman kamera pengawasan di restoran itu dirampas sementara dokumen lain berkenaan siasatan itu turut diambil.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 kerana melakukan kesalahan berkaitan pengeluaran invois cukai.

Mereka yang disabitkan bersalah di bawah akta itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM30,000 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya.

Jurucakap restoran Line Clear, Madinah Lokman tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Jevananthan Ragoo Nathar

    April 17, 2019 at 12:31 pm

    Hari ini saya makan pun…tak bagi resit…Katanya kalau saya (cashier) keluarkan resit mesti charge 6% tax…?