Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Insiden Letupan Di Madinah

Trending

Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Insiden Letupan Di Madinah

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa dalam insiden letupan di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi, semalam yang menyebabkan empat maut manakala lima lagi cedera.

Advertisement

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan memantau perkembangan berhubung insiden itu dari semasa ke semasa.

“Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu,” kata kenyataan itu.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata serangan itu berlaku ketika orang ramai sedang menunggu waktu berbuka puasa.

Letupan di perkarangan Masjid Nabawi itu merupakan yang ketiga dalam siri pengeboman bunuh diri di Arab Saudi semalam. Dua lagi letupan masing-masing berlaku berhampiran Konsulat Amerika Syarikat di Jeddah dan kawasan penempatan Syiah Qatif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...