“Tiada Pusara Sebab Tiada Jasad” – Berlaku Pada Bulan Puasa, Rita Sosilawati Sebak Kenang Pembunuhan Arwah Ibu

Kehidupan

“Tiada Pusara Sebab Tiada Jasad” – Berlaku Pada Bulan Puasa, Rita Sosilawati Sebak Kenang Pembunuhan Arwah Ibu

Mengenangkan kejadian perit yang berlaku terhadap ibu 14 tahun lalu, usahawan kosmestik, Datin Rita Sosilawati tidak dapat menahan sebak apabila bercerita tentang kes pembunuhan kejam yang melibatkan ibunya, Datuk Sosilawati Lawiya.

Anak sebak kenang pembunuhan kejam arwah Sosilawati

Dalam temubual yang berlangsung di radio Kool 101, Rita berkata sejak kejadian perit itu berlaku, sambutan bulan Ramadan dan Syawal sudah berbeza buat dirinya serta keluarga.

Advertisement

Setiap kali Ramadan dan sambutan hari raya, kami tak gembira macam orang lain. Orang lain ada mak. Sebab kejadian itu berlaku semasa bulan puasa.

@kool101my “Apa yang kami boleh buat adalah doa. Doa seorang anak tak ada hijab untuk mak,” – Datin Rita Sosilawati. Walaupun dah 14 tahun berlalu, tapi rasa perit kehilangan ibu tercinta dalam keadaan paling tragis tu takkan pernah hilang, kan?💔 Waktu kejadian tu berlaku, Datin Rita masih lagi muda tapi sudah perlu pikul tanggungjawab menjaga adik-adik dan teruskan legasi arwah ibunya. Inilah definisi wanita kuat dan hebat!💪🏻 Anda boleh dengarkan perkongsian penuh di KoolCast melalui aplikasi Audio+ atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint ♬ original sound – Kool 101

Lebih menyayat hati apabila arwah ibunya tidak sempat disemadikan seperti jenazah Muslim lain susulan jasadnya tidak ditemui.

‘Tak ada pusara sebab tidak ada jasad’

Bagaimanapun, sebagai anak, dia tetap mendoakan arwah biarpun ibunya meninggal dalam keadaan yang tragis.

Kes ini jarang berlaku dan satu dalam sejuta, ia berlaku kepada saya. Bila tak ada badan atau jasad ia adalah kes paling ‘rare’. Sampai sekarang tak ada kubur.

Dalam pada itu, Rita mengakui terkesan dengan kes pembunuhan kejam yang berlaku di dalam Malaysia dan mendoakan agar waris mangsa diberi kekuatan untuk lalui ujian itu.

Sekadar info, pengasas produk kosmetik Nouvelle Visage itu bersama tiga orang individu iaitu pegawai bank, Noorhisham Mohamad, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandunya, Kamaruddin dilaporkan hilang sebelum disahkah dibunuh pada September 2010.

pembunuh altantuya dihukum penjara
5 days ago

Terlepas Hukuman Gantung, Pembunuh Altantuya Dipenjara 40 Tahun, 12 Sebatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...