Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiada Program Ekslusif Perkenal Anak Farid Kamil & Diana Danielle

Nampaknya hasrat para peminat untuk melihat kelibat si comel Muhammad, anak pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle di dalam sebuah program televisyen ekslusif tidak akan terkabul. Sebelum ini, Farid Kamil memaklumkan yang program ini hanya akan berlangsung selepas Diana Danielle tamat belajar mengaji Al-Quran.
anak farid kamilNamun hari ini menerusi Berita Harian hari ini, pihak Astro dan David Teo mengesahkan bahawa program ini tidak akan diterbitkan. Kata David Teo:-

Sepatutnya program ini diusahakan tahu lalu, tetapi apabila kita bertanya kepada Farid, beliau meminta program ini ditangguhkan kerana mahu anak lelakinya itu besar sedikit.

Ketika itu beliau memberikan tempoh lima bulan. Disebabkan sudah melepasi tarikh tempoh yang ditetapkan Astro, program itu tidak jadi diterbitkan.

Advertisement

farid dan diana

Tak apalah tak ada rezeki untuk kita semua menatap wajah Muhammad di kaca televisyen. Mungkin bila dah besar sikit nanti boleh buat program lain untuk Muhammad. Yang penting Muhammad membesar dengan sihat dan ceria di bawah jagaan ibu dan bapanya. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top