Atas perbincangan semua pihak yang mengambil kira kebajikan rakyat, kerajaan kini telah bersetuju supaya tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan elektrik tidak melebihi 6 bulan sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac 2021.
“Mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, kerajaan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad akan memastikan tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan di rumah-rumah kediaman yang mempunyai tunggakan tidak melebihi 6 bulan sehingga 30 Jun 2021”
Teks ini telah disampaikan secara rasmi oleh kerajaan.
Secara anggaran, kira-kira seramai 6.96 juta pengguna domestik di semenanjung Malaysia memperoleh manfaat tersebut.
Pelan Bayaran Mudah juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi membantu pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik individu yang terlibat.
Kenyataan media : Tiada pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna domestik di semenanjung sehingga 30 Jun 2021 pic.twitter.com/wzOoHSyRu1
— BERNAMA Radio?? (@bernamaradio) May 21, 2021
Diharapkan kelonggaran ini dapat membantu meringankan beban rakyat demi kelangsungan hidup.