September 24th, 2020

Penyanyi dan pelakon versatil, Adibah Noor meluahkan rasa sayu apabila merasakan kerjaya anak seni itu kadang-kadang dianggap sepi oleh sesetengah pihak.

Namun, dalam pada itu, masih ada yang masih bertahan dan terus bersemangat ingin terus berkarya demi peminat di luar sana.

Adibah yang berkongsi luahan perasaan itu di Twitter turut memuat naik sebuah klip video memaparkan sesi penggambaran yang terpaksa dihentikan kerana hujan lebat. Dalam video tersebut, kelihatan krew-krew produksi terpaksa berteduh di bawah khemah kecil sementara menunggu hujan reda.

“Tiada pihak yang anggap kami perkhidmatan keperluan.. sedangkan sedar/tidak, terima/tidak, buka tv atau radio memang cari benda untuk hiburkan hati, tak apa. kami tetap di sini. Berkarya, di hadapan/belakang lensa, walau sering dipandang sepi. Syukur alhamdullilah.”

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu malah ada yang tampil memberikan kata-kata semangat selain berdoa agar urusan penggambaran dipermudahkan hendaknya.


One response to ““Tiada Pihak Anggap Kami ‘Essential’ Servis..” Adibah Noor Luah Perasaan, Masih Tetap Mahu Berkarya”

  1. Anonymous says:

    memang korang bukan essential service lah bongok! ko sembang mabuk apa pulak. kalau takde pun tak rugi lah negara ni. bukan buat karya sampai jadik industri macam bollywood or hollywood tu. semua pun jenis cap ayam ada hati nak sembang lebih2 lak si gemuk ni

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...