“Tiada Petunjuk Baru..” – Lebih 72 Jam, Wanita Jatuh Dalam ‘Sinkhole’ Jumaat Lalu Masih Belum Ditemui

Berita

“Tiada Petunjuk Baru..” – Lebih 72 Jam, Wanita Jatuh Dalam ‘Sinkhole’ Jumaat Lalu Masih Belum Ditemui

Difahamkan melalui laporan Harian Metro, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke lubang tanah jerlus di Jalan Masjid India, Jumaat lalu masih belum ditemui, biarpun sudah melebih 72 jam.

Pasukan SAR yang berusaha sedaya upaya menjalankan operasi sejak 9.30 pagi pada hari ketiga bersama 104 anggota dan pegawai daripada agensi keselamatan serta pihak berkuasa gagal membuahkan hasil walaupun telah melakukan pencarian semula di lima daripada enam lurang kumbahan Indah Water Konsortium (IWK).

Advertisement

sinkhole masjid india

Susulan itu, satu mesyuarat dilakukan yang melibatkan beberapa agensi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta IWK dengan dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Mereka sepakat akan melakukan teknik ‘flushing’ di lurang lima dan enam iaitu berhampiran Bank Pertanian Lebuh Pasar Besar serta berdekatan Bulatan Kinabalu setelah arus kedua-dua lokasi didapati sudah agak perlahan atas sebab sekatan dan runtuhan puing.

4 months ago

“Tolong Selamatkan Ibu Saya” - Anak Mangsa Tanah Jerlus Tak Dapat Tahan Kesedihan, Terpaksa Ditenangkan Ahli Keluarga Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...