Iyalah, sebelum ini Wak Doyok dan Azrinaz ibarat merpati dua sejoli dan tidak pernah pula dengar sebarang berita yang mereka mempunyai masalah bersama.
Tidak mahu orang ramai terus membuat spekulasi mereka tersendiri, Wak Doyok menjelaskan mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing kerana tiada lagi persefahaman.
Wak Doyok menerima ketentuan takdir itu dengan hati terbuka dan kini mahu fokus pada kerjayanya.
Saya baik-baik saja. Tak sedih pun. Memandangkan antara kami sudah tiada lagi persefahaman, saya terima hakikat perpisahan ini tanpa ada rasa kecewa. Selepas ini saya nak buka buku baharu dan fokus pada kerjaya seni dan perniagaan.
Dalam setiap perhubungan harus ada persefahaman, kalau tiada mungkin susah untuk mengekalkan cinta yang ada. Daripada terus bergaduh dan tidak berpuas hati, berpisah adalah jalan yang terbaik