Written by Bella | November 19th, 2018

Semalam ketika acara karpet merah akhir Gegar Vaganza 5 berlangsung, pelakon dan penyanyi Izzue Islam mengumumkan berita mengejutkan beliau telah menarik diri daripada kumpulan Forteen kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.

Pengumuman tersebut bukanlah satu gimik mahupun ada kena mengena dengan isu Forteen yang gagal ke final GV5. Kata Izzue, beliau sedar kualitit nyanyian beliau tidaklah sehebat ahli kumpulan yang lain.

Persefahaman dah tak ada, jadi baik undur diri. Ini bukan kali pertama, ini merupakan kali kedua, jadi saya tak mahu jadi kali ketiga dan seterusnya. Cukuplah. Antara semua, suara saya tak sehebat mereka, saya yang paling tak bagus.  Ini bukan gimik, benda ini serius, cukup sampai sini sahaja.

Kumpulan Forteen ditubuhkan pada tahun 2011 dan dianggotai oleh Izzue, One, Ameer dan Ariz. Mereka pernah bernaung dibawah KRU Music.

Tentu sekali berita ini membuatkan peminat tegar kumpulan itu sedih tetapi kalau tiada lagi keserasian memang lebih baik untuk ‘angkat kaki’ agar tiada masalah yang lebih besar timbul di masa hadapan.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Foto : petchmono

25 responses to Tiada Persefahaman, Izzue Islam Keluar Forteen

  1. Duh says:

    14 nyanyi kureng. Kluar ke bubar?

    4

    0
  2. gg says:

    dah agak dah sebab semalam wkt nabil umumkan dorg nk wat persembahan, tbe2 nabil mention, izzue, forteen.. tbe2 nama izzue single mcmtu..

    12

    0
  3. Anonymous says:

    mmg suka amik gmbr dlm lift ke?

    0

    0
  4. 123 says:

    mmg suka amik gmbr dlm lift ke?

    0

    0
  5. Bts Army says:

    Keluar ja la.. Bubar pon xpa.. Korang pon bukan nya ada lagu baru dh pon.. Sapa ja minat korang..

    8

    1
  6. Anonymous says:

    semua kelantan ke org dlm group 14 tu. Kalau bukan, fhm2 jelah.

    2

    1
  7. huhu says:

    izzue perasan bagus..berlakon mesti ade sikit2 loghat kelantan..hanya dipasaran malaysia shj..itu jer nk komen.

    1

    6
  8. snow says:

    si ameer tu lg perasan..mcm suara die sedap sgt..bubar pon xpaaa..

    19

    0
  9. Anonymous says:

    Tapi kenal group ni sebab ada izzue islam je. Yg 3 org lg tu xbrp nk famous. So klu izzue keluar mcm kureng sikit. Bagi aku lagu2 derang not bad. KRU composed kot. Penah menang artis berkumpulan terbaik AIM lg.

    6

    1
  10. boring says:

    memang pun,sejak masuk lawak ni, mengada2 benar dia.perasaan setiap yang dia buat tu boleh jadi lawak.tak lawak pun…

    3

    0
  11. Joyah pok pek says:

    Ini mesti pasal bini dia masuk cmpur..sejak dia kawin mcm2 hal.dulu x mcm ni pn!!!

    0

    4
  12. makcikbawanggaring says:

    tu lar derhaka..nenek meninggal pon tak blk kg

    0

    0
  13. Noname says:

    Izzue yg famous pn wlu vokal x kuat..yg lain x knal..gv5 baru tau sikit2

    5

    0
  14. palui says:

    suara Izzue yang paling tidak sedap?

    0

    0
  15. anonymous says:

    elok la kau kuar pun …..sebab vocal kau paling hancorrrrrr perasann lebih

    1

    1
  16. Aku says:

    Fokus berlakon je. Kau pun berlakon mantap.

    3

    0
  17. Anonymous says:

    Lagu2 forteen ni best la aku rasa..

    1

    0
  18. ummi says:

    Saya suka Forteen sebab ada Izzue Islam. Dia la yang paling handsome, Owesome !
    Xde dia, xde la penyeri.
    Suara biasa xpe. Performance okay orang terhibur apa.

    0

    0

Leave a Comment

Optional