Penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin tampil memberi kenyataan semenjak konflik yang melanda di antara dia, suami, madu dan anak tirinya sejak beberapa tahun yang lalu.
Maklum Nora, dia dan suami, Dr Rushdi telah mencuba sehabis daya untuk berdamai dengan keluarga isteri pertama terutamanya dengan anak tiri yang dikenali sebagai Alia.
Dr Rushdi telah memberikan nasihat, teguran dan beberapa kali cuba mengaturkan pertemuan antara pihak saya, Dr Rushdi, Puan Rose dan Alia.
Pada 2.2.2024, pihak Dr Rushdi dan saya telah menyerahkan surat bertarikh 2.12.2024 kepada Alia bagi jemputan untuk mediasi. Ia dittetapkan untuk menyelesaikan apa-apa masalah, dengan cara terhormat. Namun Alia tidak hadir dan tidak mengendahkan Mediasi yang ditetapkan.
Maklum Nora lagi, Alia telah berulang kali menjatuhkan reputasinya selain menjejaskan promosi serta jualan tiket konsertnya pada 18 Disember tahun lalu.
Lanjutan itu, Nora mendakwa dirinya telah menerima pelbagai tohmahan melampau dan menjejaskan reputasi serta kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
Sehuungan itu, Nora telah menghantar notis tuntutan menerusi peguam yang dilantiknya bagi tujuan memberhentikan segala fitnah di media sosial, memadam kenyataan-kenyataan berikut; membuat perjanjian bertulis untuk tidak melakukan perkara sama di masa hadapan serta membuat permohonan maaf selama sebulan di media sosial.
Ujar penyanyi itu lagi, tiada permohonaan maaf dibuat Alia dan hanya menurunkan pernyataan yang dibuat terhadap Nora sebelum ini atas permintaa bapanya.
Tiada permohona maaf disampaikan dan pembayaran kompensasi dilaksanakan oleh pihak Alia. Balasan Alia amat menyedihkan berikutan saya telah mengalami banyak mudarat melampau dan kerugian akibat perbuatan Alia.
Namun begitu, saya pada 24.2.2025, saya merendahkan diri memohon maaf secara terbuka demi untuk berdamai dan berbaik dengan Puan Rose dan Alia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.