“Tiada Pergaduhan Atau Orang Ketiga..” – Tidak Jadi Bernikah, Sufian Suhaimi Pulangkan Cincin Risik Pada Bekas Teman Wanita

Hiburan

“Tiada Pergaduhan Atau Orang Ketiga..” – Tidak Jadi Bernikah, Sufian Suhaimi Pulangkan Cincin Risik Pada Bekas Teman Wanita

Tiada rezeki untuk ke jinjang pelamin, penyanyi terkenal, Sufian Suhaimi mendedahkan dirinya sudah tidak bersama dengan wanita bernama Rania Al Sadat dan cincin risik kedua belah pihak juga telah dipulangkan. Namun, katanya hubungan mereka masih dikekalkan sebagai kawan.

Hormati ruang masing-masing

Menurut penyanyi ini, mereka berdua telah bersetuju untuk memulangkan cincin risik pada minggu kedua Ramadan. Walau hubungan ‘merisik’ itu tidak berjaya, Sufian memberitahu dirinya dan Rania menerima hal tersebut dengan hati yang terbuka dan tiada dendam.

Advertisement

Hubungan kami masih baik cuma hubungan ‘merisik’ itu sudah tiada. Cincin risik sudah dipulangkan pada minggu kedua Ramadan.

 

Lepas pulangkan cincin, kami pilih untuk saling menghormati ruang masing-masing.

Keputusan dilakukan bersama

Tambahan pula, penyanyi lagu Terasa Ada ini juga mendedahkan keputusan untuk tidak meneruskan hubungan itu adalah kehendak dan persetujuan bersama. Menurutnya, salah satu sebab mereka berpisah adalah kerana mempunyai arah tujuan dalam hidup yang berbeza dan tidak sehaluan.

Ini adalah keputusan bersama, tiada sebarang pergaduhan mahupun sebab orang ketiga.

 

Apabila semakin dekat dengan tarikh (nikah), kami saling berbincang tentang kehidupan. Ada perkara dia nak, saya tak okey dan sebaliknya.

 

Hasil perbincangan itu, kami memilih untuk mengambil satu langkah ke belakang sebab tak mahu berada dalam hubungan yang boleh dikatakan tak sehaluan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rania Al-Sadat (@shhnuffles)

Sebelum ini, ura-ura tentang perpisahan mereka telah tular di media sosial apabila didapati mereka berdua sudah saling unfollow di Instagram. Selain itu, pada Oktober lalu, Sufian telah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania dan dikatakan akan bernikah pada hujung tahun ini.

Sufian
9 months ago

"Saya Tak Rasa.." - Sufian Suhaimi Perjelas Dakwaan Putus Tunang Dengan Rania

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...