Rasanya ramai yang mendengar gosip-gosip bahawa wujudnya sedikit salah faham atau pergaduhan di antara Fasha Sandha dan Neelofa. Namun semalam, Metro Ahad melaporkan yang gosip tersebut hanyalah propa semata-mata. Semasa sesi photoshoot dilakukan, Fasha Sandha siap bagi cadangan posisi terbaik lagi kepada Neelofa. Memang sempoi
Fasha mengakui yang dia tidak pernah membaca sebarang blog (agak kecewa Abang Nara dibuatnya) dan mengakui yang Neelofa ialah seorang artis baru yang boleh pergi jauh. Kata Fasha:-
Maaf, saya tak pernah dengar cerita ini. Saya tak pernah baca blog, malah tidak ada sesiapa pun bercerita kepada saya. Selama ini saya tak pernah ambil peduli gosip dan cerita panas di Internet kerana bagi saya, itu semua tak perlu. Saya cuma melayari laman sosial Twitter (@FashaSandha1). Itulah medium yang menghubungkan saya dengan peminat. Bagi saya, Neelofa pelakon baru yang baik dan berpotensi pergi jauh. Apabila bertemu senior, dia tidak berat mulut untuk bertegur sapa. Bagi saya, sikap itu sangat bagus dan harus dikekalkan. Secara peribadi, saya selesa berbual dengannya biarpun hanya bertemu beberapa kali. Saya tidak boleh komen mengenai cerita murahan seperti ini kerana ia tidak berlaku. Tidak ada isu pun untuk diperbesar-besarkan.
Dan Neelofa turut menyatakan perkara yang sama dan memuji sikap Fasha yang mesra. Kata Neelofa:-
Saya tidak pernah bergaduh dengan Fasha. Sebagai pendatang baru, saya menghormatinya. Ini gandingan kedua kami dalam sesi fotografi dan pernah bertemu dalam beberapa majlis. Biarpun ada nama besar dan disanjung ramai, Fasha melayan artis baru seperti saya dengan baik. Dia ramah dan mudah mesra, malah tidak lokek berkongsi ilmu. Setakat ini saya tidak ada masalah berbual dengannya. Hairan, antara kami tidak ada apa-apa, orang luar pula sibuk besar-besarkan cerita. Cara mereka bercerita ibarat artis bertarik rambut, padahal apa yang mereka perkatakan itu belum tentu sahih. olong jangan laga-lagakan saya dan Fasha. Saya masuk dalam industri kerana mahu kembangkan bakat, bukan mencipta nama dengan cerita kurang enak begini. Saya mengagumi bakat dan ketabahan Fasha. Dia anak seni yang berjaya
Ha kan bagus begini. Tak payah gaduh-gaduh. Masing-masing pun ada rezeki masing-masing. Lagipun berapa besar sangatlah industri lakonan kat Malaysia nie. Tup-tup jumpa orang yang sama jugak. Buat rugi diri sendiri je bergaduh. Tak gitu?
Kredit berita Metro Ahad.
baby uuu
January 9, 2012 at 8:54 pm
AMBOI PNJANG MUKADIMAH nmpak
(mcm xda komen lain),,,,ape semuanye fazura ni,,xde ke sebut izara aisyah.???????….dye cntik apeee…i like her,,,,,
Izara Aishah tertelan siput khinzir
January 9, 2012 at 9:17 pm
ehem,… izara tu orang kampung kawe tu/
mcm xda komen lain
January 9, 2012 at 8:50 pm
kalau nak dibandingkan kecantikan..xhabis2 ngn fazura,ni fazura tu fazura..sebanrnya kecantikan adalah subjektif..dh penat dengan komen pasal fazura..die pun bkn baik sgt jugak..kaki clubbing..mcm la aku xtahu,sbb aku knal sgt dgn die tuh.dunia artis ni mcm2 kawan2..xpyah nak bndingkan kecantikan ngn sesiapa,fasha,neelofa,fazura.ader kebaikan n keburukan,dr korang duk minat kat artis2 better korang minat kat ustaz azhar idrus ..da jugak faedah..xgitu?? ,so korang fikir la sendiri!!
koiwatikoi
January 9, 2012 at 6:41 pm
muka fasha mcm mak tiri..
ohho..mmg bakal mak tiri kpd ank nora danish pon.
dodo bird
January 9, 2012 at 4:43 pm
cantik lagi bini abang nara.. walau pakai tudung tetap cantik. kalau takat free hair, sesapa pun boleh cantik sbb rambut tu mmng mencantikkan wanita, tu pasal kene cover kecantikan tu. tak ramai org yg “cantik” bila pakai tudung nampak cantik juga. contoh, fasha nampak biasa je bila pakai tudung. fazura bila pakai tudung mmng out. dan slalunya minah tudung akan cantik hanya bila mekap tebal. klu tak mekap tebal bercelak bagai mmng org tak pandang langsung. so kiranya wife abang nara mmng cantikla sbb tak pakai mekap (kalau ada pun mcm tak pakai) dan sempoi tp tetap cun !
melintang
January 9, 2012 at 4:53 pm
eh tapi fazura pakai tudung dlm drama tv3 hari tu nampak cantik sgt… kalah fasha! tp aku stuju nak cantik takat free hair tu boleh la.. klu nak tau betul cantik ke tak pompuan tu, tgk bila dia pakai tudung. klu masih cantik maknanya mmng cantikla. sbb slalu yg aku tgk klu dh pakai tudung nampak mcm makcik2 tak pun biasa je.. apa pun, tutup aurat tu wajib ye
Datin Kertu
January 9, 2012 at 3:57 pm
Dalam gambar ni Fasha dah nampak kertu, elok ditawarkan watak Mak-mak atau Acik-acik jer lepas ni…