Tiada Penyingkiran, Kejutan Bertemu Keluarga Untuk Pelajar AF2014

Hiburan

Tiada Penyingkiran, Kejutan Bertemu Keluarga Untuk Pelajar AF2014

Pejam celik pejam celik Akademi Fantasia 2014 sudah pun masuk minggu yang ke 5. Pantas sungguh masa berlalu. Para pelajar AF2014 untuk minggu ini boleh menarik nafas lega kerana tiada sebarang penyingkiran dilakukan. Sekiranya ada penyingkiran, pada pendapat Abang Nara yang wajar tersingkir ialah Nina. Tiada peningkatan yang ditunjukkan olehnya sepanjang 5 minggu berada di dalam Akademi Fantasia.

akademi fantasia kejutan

Advertisement

Apabila sudah masuk minggu ke 5, Abang Nara sudah boleh nampak pelajar-pelajar yang mula menunjukkan taringnya. 3 nama yang setiap minggu memberikan persembahan konsisten pada pendapat Abang Nara ialah Ewal, Firman dan Adel. Adel juga semakin lama semakin terserlah kecantikannya. Memang betullah kata orang, rakyat Sabah ini cantik-cantik belaka.

akademi fantasia kejutan

Untuk minggu ke 5, kejutan yang menggembirakan telah diberikan kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia. Ibu bapa kesemua pelajar telah dibawa naik ke atas pentas. Terlepas jugalah rindu di dada selepas hampir 2 bulan tidak bertemu. Sebak juga Abang Nara melihat aksi mereka berpeluk sesama sendiri. Semoga kehadiran ibu bapa ini akan membakar lagi semangat para pelajar AF2014.
akademi fantasia kejutan

Tak sabar rasanya mahu menunggu konsert minggu ke 6 Akademi Fantasia 2014. Mungkin boleh buat 2 penyingkiran sekaligus kali ini. Kepada para pengundi, pastikan anda mengundi yang benar-benar berbakat. Jangan mengundi hanya kerana rupa sahaja. Selamat menonton Akademi Fantasia 2014.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...