Written by Bella | November 7th, 2016

Minggu ke 4 Gegar Vaganza yang berlangsung semalam penuh dengan drama. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya tiada penyingkiran pada konsert semalam.

Ia disahkan sendiri oleh hos Jihan Muse.

Malah, wajah juri dan pengacara Gegar Vaganza 3 kelihatan terkejut apabila Elly diumumkan tersingkir.

Menurut Dato Seri Vida menerusi akaun Instagramnya, Elly membuat keputusan untuk menarik diri selepas terasa hati dengan komen Datuk Ramli MS terhadap dirinya. Elly tidak mendapat markah rendah pada malam tersebut.

Ayat yang membuatkan Elly terasa :-

Tengoklah belas ehsan kami (juri) nanti macam mana.

Berikut adalah temu bual Dato Seri Vida bersama Elly mengenai isu hangat ini :-

Netizen juga tidak berpuas hati dengan perkara ini dan meminta pihak Astro untuk menyerap masuk Elly semula didalam Gegar Vaganza 3.

Datuk Ramli MS juga turut menerima kecaman daripada netizen kerana menganggap komen beliau itu agak “pedas” dan menjatuhkan maruah Elly.

Mungkin Datuk Ramli MS tidak bermaksud untuk memberikan komen “kejam” . Apa pula pendapat anda? Patutkah Elly menarik diri?

146 responses to Tiada Penyingkiran : Elly Mazlein Tarik Diri Kerana Terasa Hati Dengan Datuk Ramli MS?

  1. Insan Perihatin says:

    Elly, awak sepatutnya menjadikan GV sebagai platform untuk meneruskan kerjaya awak dlam bidang seni demi menyara kehidupan yang lebih sempurna , janganlah menjadikan kritikan itu sebagai pemusnah kerjaya awak , sesungguhnya kita harus redha dan terus berusaha demi kehidupan yg lebih sempurna utk keluarga awak.
    Sebagai insan yang keseorangan kita hendaklah percaya kepada Qada’ dan Qadar.

    Saya amat meminati suara awak… teruskan karier awak kerana bumi Tuhan ini amat besar. Selalu yakin akan keupayaan diri kita biak pi dgn kiritikan, kerna cahaya pasti akan datang jika kita berusaha….

  2. akak pok pek says:

    Tak pahamlah ramai yg nak menyokong sgt si elly tu. Ni competition laar, kalau dah memang nyanyian ke laut, tak payah nak campur adukkan masalah peribadi nak pancing markah.. kalau korang minat sangat kat si elly tu, buat gv utk dia sorang, tak payah compete, tiap2 minggu muka dia sorang je yang nyanyi , yg menang pun dia gak… biar puas hati korang… hadaplah sangat si elly tu sampai muntah..

  3. cikidot says:

    Kakak, abang, adik,acik..
    popkon.. popkon… air mineral..air mineral..

  4. fxxk u says:

    elly mazlyn tu bagaikan sebatang kara, keseorangan.
    bgi saya perangai manja n mengada-gada dia adalh cara dia nak tutup perasaan dia yg sebenar.. pura pura bahagia untuk tutup kesedihan..tak mudah bgi ibu tunggal apalagi seorang selebriti nak hadap dunia kritikan ni…sabar pon ad batas.. korang yg komen lak xde life kee

  5. azrie aziz says:

    saya x fhm apa yg terjadi blh x tlg terangkan tok ram tu ckp apa