Minggu ke 4 Gegar Vaganza yang berlangsung semalam penuh dengan drama. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya tiada penyingkiran pada konsert semalam.
Ia disahkan sendiri oleh hos Jihan Muse.
Malah, wajah juri dan pengacara Gegar Vaganza 3 kelihatan terkejut apabila Elly diumumkan tersingkir.
Menurut Dato Seri Vida menerusi akaun Instagramnya, Elly membuat keputusan untuk menarik diri selepas terasa hati dengan komen Datuk Ramli MS terhadap dirinya. Elly tidak mendapat markah rendah pada malam tersebut.
Ayat yang membuatkan Elly terasa :-
Tengoklah belas ehsan kami (juri) nanti macam mana.
Berikut adalah temu bual Dato Seri Vida bersama Elly mengenai isu hangat ini :-
Netizen juga tidak berpuas hati dengan perkara ini dan meminta pihak Astro untuk menyerap masuk Elly semula didalam Gegar Vaganza 3.
Datuk Ramli MS juga turut menerima kecaman daripada netizen kerana menganggap komen beliau itu agak “pedas†dan menjatuhkan maruah Elly.
Mungkin Datuk Ramli MS tidak bermaksud untuk memberikan komen “kejam” . Apa pula pendapat anda? Patutkah Elly menarik diri?