Tiada Penyingkiran Di Minggu Pertama GV8, Aliff Aziz Raih Markah Tertinggi, Adibah Noor Jadi Tumpuan

Hiburan

Tiada Penyingkiran Di Minggu Pertama GV8, Aliff Aziz Raih Markah Tertinggi, Adibah Noor Jadi Tumpuan

Program realiti TV popular, Gegar Vaganza musim ke-8  terbitan Astro mula membuka tirai apabila ia telah menyaksikan 13 peserta beraksi di pentas nyanyian itu, semalam.

Adibah Noor, Aliff Aziz, Dato Fazley Yaakob
3 years ago

Pertempuran Sengit! Adibah Noor, Fazley Yaakob, Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza Musim 8

Advertisement

Konsert yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berlangsung meriah apabila setiap peserta dan juga duo tampil menyanyikan lagu kepunyaan masing-masing.

Manakala menerusi pemarkahan oleh juri profesional Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang, konsert minggu pertama tersebbut telah menyaksikan penyanyi Aliff Aziz meraih markah tertinggi manakala Datuk Fazley Yaakob pula berada di paling bawah senarai markah persembahan.

Dihoskan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, acara persembahan nyanyian malam itu tidak melibatkan sebarang penyingkiran peserta untuk minggu pertama.

Berikut merupakan lagu yang dibawa bintang GV8 berdasarkan markah tertinggi sehingga tercorot.

  1. Aliff Aziz – Sayang Sayang (74.60%)

  2. Adibah Noor – Terlalu Istimewa (73%)

  3. Bandi Amuk – Akar & Bumi (71%)

  4. Nikki Palikat – Caramu (68.20%)

  5. Aweera – Romancinta (66.80%)

  6. Suki Low – Terlalu Mencintaimu (66.2%)

  7. Saiful Apek & Yassin – Aspalela & Cari Tapak (59.9%)

  8. Shidee – Semuanya Sudah Terlambat (59.8%)

  9. Upiak Isil – Tak Tun Tuang (59.3%)

  10. Ani Maiyuni – Sedap (57.4%)

  11. Azan Scan – Kau Dipaksa Aku Terpaksa (54.7%)

  12. Nico – Inilah Nasibku (54%)

  13. Datuk Fazley Yaakob – Asmara Ini (53.6%)

 

Sekadar info, juara GV8 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi manakala untuk tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...