“Tiada Penyesalan..” – Fazura Buat Kemunculan Pertama Kali Di Indonesia, Kongsi Isi Hati Mengenai Perceraian

Hiburan

“Tiada Penyesalan..” – Fazura Buat Kemunculan Pertama Kali Di Indonesia, Kongsi Isi Hati Mengenai Perceraian

Membuat kemunculan setelah sekian lama mendiamkan diri selepas bercerai, Nur Fazura hadir dalam satu program TV di Indonesia dan berkongsi isi hati berkenaan perpisahan bersama Fattah Amin itu.

Maklum Fazura, dia tidak menyesal hubungan bersama Fattah Amin berakhir dengan perceraian setelah tujuh tahun hidup bersama.

Advertisement

Saya berkahwin tujuh tahun dan baru sahaja bercerai sebulan lalu. Tiada penyesalan.

Saya bangga kerana kembali pulih dan telah memberikan sepenuhnya dalam perkahwinan.

Difahamkan, Fazura menjadi tetamu dalam program bual bicara Sea Today di Jakarta, Indonesia bagi mempromosikan lagu baharunya yang berjudul Bertahan Demi Cinta.

Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Ippo hafiz dan diterbitkan syarikat rakaman Indonesia iaitu Hits Records.

Single duet itu juga menampilkan bekas suami Fazura, Fattah Amin sebagai penyanyi ketika mereka berdua masih bergelar suami isteri.

Perkembangan seterusnya, Fazura memberi bayangan bahawa dia bakal berkolaborasi bersama komposer terkenal Ade Govinda tidak lama lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazura live lagu Bertahan demi cinta
2 months ago

Sampaikan Lagu 'Bertahan Demi Cinta' Versi 'Live', Netizen Puji Keyakinan Nur Fazura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...