Belum selesai kes langgar lari di lebuhraya Karak, kini sebuah kes baru yang melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Volvo yang didapati memandu lawan arus di Jalan Klang Lama yang melanggar sebuah kenderaan MyVi.
Menurut Berita Harian, setelah siasatan dijalankan, pemandu tersebut tidak berada dalam keadaan mabuk, dan lebih menakutkan, pemandu Volvo berkenaan didapati positif dadah.
Setelah saringan dijalankan dan juga keterangan diambil oleh kedua-dua pemandu kenderaan itu, pihak polis telah mengesahkan bahawa pemandu Volvo tersebut positif dadah sewaktu berlakunya kemalangan tersebut.
Kes pemandu Volvo ini disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.