“Tiada Niat Nak Jatuhkan Sesiapa” – Anggap Kereta Biasa Sebagai ‘Najis’, Opai Tampil Mohon Maaf

Hiburan

“Tiada Niat Nak Jatuhkan Sesiapa” – Anggap Kereta Biasa Sebagai ‘Najis’, Opai Tampil Mohon Maaf

Pensohor media sosial dan juga suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang yang dikenali sebagai Opai tampil memohon maaf gara-gara keterlanjuran kata yang menjadi tular beberapa hari yang lalu.

Menerusi Instagram Story, Aliff menjelaskan bahawa video tersebut adalah spontan semata-mata ketika acara automotif yang dianjurkannya itu berlangsung.

Advertisement

Menganggap ia hanyalah gurauan bersama rakan terdekat yang juga pemilik kereta mewah, Aliff memohon maaf jika videonya itu telah mengguris hati mana-mana pihak.

Sebenarnya kenyataan yang dibuat pada waktu itu ditujukan kepada kawan-kawan saya yang bawa kereta Mustang, AMG (Mercedes) yang datang pada hari itu dan tidak dapat masuk menyertai acara pada hari itu.

Memang sangat spontan, semua orang juga tengah berseronok ketika itu. Tiada niat untuk jatuhkan sesiapa. Saya mohon maaf.

Sebelum ini, Aliff dikecam hebat gara-gara tindakannya yang didakwa memperlekehkan kereta biasa ketika menganjurkan sebuah acara pertunjukkan kereta baru-baru ini.

Aliff dilihat telah menyamakan kereta biasa dengan perumpamaan ‘najis’ dan turut menghalau mereka yang memiliki kereta itu daripada memasuki pertunjukkan berkenaan.

Selain netizen, video tersebut turut mendapat perhatian Tuanku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman yang tampil memberi nasihat kepada pemilik kereta untuk tidak bersikap sombong dan memandang rendah kepada orang lain.

Opai fatin afeefa
2 years ago

"Terpaling Supercar Sampai Nampak B*doh" - Suami Fatin Afeefa Hina Orang Pakai Kereta Biasa, Tuanku Putera Johor Beri Pesanan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...