Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiada Niat Hina Caliph Buskers, Hanya Bergurau – Nabil Ahmad

Gurauan Nabil Ahmad yang meminta hantu langsuir berdiri berdekatan dengan kumpulan Caliph Buskeres kerana mereka tidak boleh menyedarinya mengundang kecaman daripada netizen.

Advertisement

Rata-rata netizen menyifatkan ia adalah lawak yang kurang ajar dan keterlaluan apabila menghina golongan yang cacat penglihatan. Namun, menurut Nabil beliau hanya ingin bergurau sahaja dan tiada niat untuk menghina dan menghina kekurangan kumpulan Caliph Buskers.

Ayat ‘bawa dia kat Caliph Buskers, diorang tak tau’ bukan bertujuan untuk menghina mereka. Ia hanya gurauan yang disalah anggap segelintir pihak. Caliph Buskers sudah bersama saya dan program ini selama enam tahun. Jadi kami sudah biasa dan faham cara kerja masing-masing.

Memandangkan mereka sebahagian daripada program ini, jadi saya kena gunakan mereka juga. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang berlaku di set. Bagi saya, tidak ada apa yang salah pada ayat itu.

Nabil berpendapat hanya mereka yang berfikiran negatif dan kebudak-budakan saja menganggap apa yang beliau lakukan itu keterlaluan.  Beliau juga mempersoalkan mengapa hanya dirinya sahaja dikritik dan kenapa tidak salahkan orang lain yang turut tertawa dengan gelagatnya ketika itu.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 Comments

  1. Whoknows

    September 22, 2018 at 3:26 pm

    Kadang korang tak faham cara dorang bersahabat punya gurau. Mcm korang gurau dgn member baik sendiri la. selambe je cakap “kurang ajar punya gemok”

    Haa definisi gurau dorg ni dah sampai tahap tu. cuma ye la. Sbb on air kan, dia mungkin patut letak limit walaupun dorang mmg kawan baik.

  2. Anonymous

    September 21, 2018 at 8:00 pm

    Mari kita gurau2 yg anaknya dlkandungan……… mcm ahli2 caliph…. kan HAJI NABIL

  3. Iz

    September 21, 2018 at 6:29 pm

    Bila netizan sebut RETIS ni tahu pula golongan “pelawak” ni marah, dikatanya netizen ni biadab. Padahal sebut RETIS je, bukannya ada maksud apa pun, mereka sendiri pun sebut itu juga. Tetapi kalau golongan “pelawak” ni pula buat “gurauan” yang kurang menyenangkan pada netizen, boleh pula golongan “pelawak” ni kata mereka hanya bergurau, tidak bermaksud apa-apa. Fuhhh. Apabila kemahsyuran, wang diangkat tinggi, ego pun makin tinggi ke langit. Padahal sewaktu dahulu sebelum terkenal tu tahu pula nak merendah diri.

  4. Anonymous

    September 21, 2018 at 5:48 pm

    Dulu suka tengok caliph ni menyanyi depan SOGO….. takut x dpt kerja ke sokong HAJI NABIL menghina OKU?

  5. jihan betulkan gigi

    September 21, 2018 at 3:33 pm

    kau dengann jihan sama je bodoh, both are retis tidak bermoral & tidak bertamadun.
    datang dari ceruk mana pun tak tahu.. oh selama ni kau pandang rendah lah eh dekat caliph buskers?
    dasar tak sedar diri, sedar sikit sekolah tahap mana je
    orang lain belajar lagi tinggi dari kau susah nak dapat kerja
    zaman sekarang, top sikit dah banyak job dapat
    astro pun bodoh abadi

Loading...
To Top