Pelakon dan pengasas kosmetik, Syatilla Melvin menerima teguran selepas memuat naik video promosi produk yang dikatakan keterlaluan. Video tersebut memaparkan transformasi wajah daripada berkulit gelap kepada cerah. Perkara ini sekaligus mencetuskan rasa kurang senang orang ramai.
Terbaru, Syatilla memohon maaf di atas keterlanjuran yang dibuat. Menurutnya, dia langsung tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.
Assalamualaikum semua. Tilla tak nak buang masa, Tilla terus nak say sorry. Tilla terus nak minta maaf dekat anda semua yang terasa hati dengan Tilla. Ya Allah Ya Tuhanku. Sejujurnya demi Allah Tilla tak ada niat apa-apa langsung pun. Itu hanyalah video yang mana Tilla buat menunjukkan perempuan tak pandai pakai eyeliner.
So mana-mana perempuan yang pernah mengalami situasi mungkin memahami video tu. Tetapi mungkin salah saya terlepas pandang sensitiviti sesetengah pihak. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya harap anda maafkan saya.
Menurutnya lagi, video tersebut dibuat untuk menunjukkan wanita yang tidak mahir memakai eyeliner. Walau bagaimanapun, isteri kepada Shaheizy Sam ini mengakui silap kerana terlepas pandang isu sensitif. Oleh itu, dia berharap orang ramai dapat memaafkannya.
View this post on Instagram