Tiada Nafkah Idah, Mutaah Dan Hutang Isteri, Afiq Muiz Dan Pachara Sah Bercerai Talak Satu

Hiburan

Tiada Nafkah Idah, Mutaah Dan Hutang Isteri, Afiq Muiz Dan Pachara Sah Bercerai Talak Satu

Pelakon Afiq Muiz dan isteri, Nur Aaira Mahadeya atau lebih dikenali sebagai Pachara dilaporkan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, semalam.

Difahamkan, kedua-duanya mengambil keputusan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dengan cara baik sebelum Afiq membuat lafaz cerai terhadap Pachara di hadapan hakim, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani.

Advertisement
afiq muizSumber : Google  

Menurut peguam mewakili Afiq, antara beberapa perkara yang dipersetujui adalah Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah, edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan.

Selain itu, Afiq pula bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas perceraian.

Terdahulu, Pachara mendedahkan Afiq telah melakukan kekasaran iaitu menampar mukanya sebanyak lima kali, menendang perut dan menumbuk bahagian dagu ketika mereka masih berkahwin.

Pachara kemudian membuat permohonan fasakh dan laporan polis namun Afiq tampil membuat laporan sama atas dakwaan kenyataan fitnah telah dikeluarkan bekas isterinya itu.

Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019 setelah setahun berkenalan ketika penggambaran drama Air Mata Syurga.

Anis Sofea Haqiem rusli
10 months ago

"Kesian La Sikit Kat Suami Tu.." - Isteri Haqiem Rusli Semakin Seksi, Foto Fokus Dada Pakai Kain Terbelah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...