Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiada Mengidam Pelik, Proses Kehamilan Mudah – Elfira Loy

Tidak lama lagi pelakon Elfira Loy bakal melahirkan anak pertamanya. Elfira meluahkan rasa syukur apabila proses kehamilannya dipermudahkan. Tiada mengidam makanan pelik ataupun alahan yang teruk.

Advertisement

Alhamdulillah, saya tiada alahan bukan-bukan. Setakat ini semua okey. Boleh saya katakan proses kehamilan anak pertama ini dipermudahkan dan segalanya senang untuk dilalui oleh saya.

Bab makanan pun tiada mengidam yang pelik-pelik, cuma saya dinasihatkan oleh ibu dan ibu mertua supaya banyakkan berehat.

Merasai ketakutan yang sama seperti ibu-ibu lain yang bakal melahirkan anak sulung, Elfira akui dia merasa sedikit gementar. Elfira berharap orang ramai dapat mendoakan agar proses bersalin nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Saya rasa semua wanita yang bakal melahirkan anak terutama bayi sulung akan mengalami perasaan sama seperti saya. Gementar sebab perkara yang paling susah adalah untuk melahirkan anak.

Advertisement

Selepas melalui sendiri proses kehamilan sejak hari pertama sampailah sekarang, saya bersyukur kerana Allah melancarkan semua proses dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan saya mudah bersalin nanti.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris K Anuar pada 1 Januari lalu dan dijangka akan bersalin pada bulan Oktober ini. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Elfira, semoga proses kelahiran nanti dipermudahkan.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 Comments

  1. Asiah Rosli

    July 27, 2019 at 7:51 am

    Peminat SS banyak sangat kutuk orang, akhirnya followers SS semakin berkurang.
    Rasa cemburu dengan kejayaan orang lain.
    Baik doakan kejayaan semua orang,orang akan doakan kebaikan untuk kita pulak.
    Daripada kutukan yang anda lemparkan orang boleh bayangkan rupa dan berapa hitamnya hati anda.

    • Jamban

      July 27, 2019 at 10:01 am

      Aku rasa kau sorang saja peminat si pendek ni …
      Sah sah nampak kau bengap mcm dia juga ..tak dak sapa pun peminat ss kat sini ….kami memang benci pendek ni ..perangai bodoh sombong pisau cukur …

  2. una

    July 26, 2019 at 6:36 pm

    semoga sentiasa berbahagia

  3. Juju Sabroz

    July 26, 2019 at 2:59 pm

    Ah diam lah kau. Mmg dia ramai haters pun. Kalau perangai baik, takdanya ada haters ramai.

  4. Aku bukan dia.

    July 26, 2019 at 2:31 pm

    Makin banyak haters makin popularlah Elfira.
    Teruskan mengutuk.
    Semoga Allah permudahkan segala urusan Elfira sekeluarga.
    Aaminn.

    • Queen wakafda

      July 26, 2019 at 2:58 pm

      Bekas bakal pemaisuri preggy n beranak pun tak kecoh macm pendek ni .kah kah kah

  5. Yakyot

    July 26, 2019 at 2:24 pm

    Banyak betul orang yang kepanasan apabila ada berita tentang Elfira ni.
    Makin banyak haters main popular artist tersebut.
    Rezeki makin bertambah.
    Hahaha kutuk jangan tak kutuk.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama