Penyanyi Lan Solo dan juga Syura Badron memaklumkan bahawa mereka bersedia untuk naik turun mahkamah bagi berdepan perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan penyanyi Siti Nordiana.
Maklum Lan, dia akan memberikan kerjasama selain mengikut nasihat peguam yang dilantik olehnya.
Kalau itu yang terbaik, saya hanya ikut saranan. Insyallah kita akan beri kerjasama yang baik dari segi pengurusan masa.
Ketika ditanya mengenai sama ada kes berkenaan terhadap kariernya, Lan enggan memberikan sebarang pendapat.
Yang itu (beri kesan kepada karier) kena tanya peguam saya.
Sementara itu, Syura Badron juga memberikan pendapat yang sama dengan Lan mengenai isu perbicaraan yang bakal memakan masa yang lama.
Kita hanya mengikut apa yang terbaik. Kita pun dah ada peguam. Jadi mereka lebih profesional untuk tahu apa yang lebih baik untuk kami.
Setakat ini, saya ikut sahaja flow. Tiada masalah.
Terdahulu, penyanyi Siti Nordiana memfailkan sama terhadap Lan Solo dan isterinya Nur Sheila, Syura Badron, pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad.
Siti Nordiana menuntut kelima-lima mereka untuk membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook Live serta RM500,000 daripada setiap defendan gara-gara satu ‘pendedahan’ berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi satu sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.