Tiada Masalah Sebab Bukan Berbogel Pun – Izreen Azminda

Hiburan

Tiada Masalah Sebab Bukan Berbogel Pun – Izreen Azminda

Filem Pecah akan mula ditayangkan mulai esok di pawagam Malaysia. Filem ini adalah hasil adaptasi daripada novel Pecah itu sendiri. Selepas tayangan untuk media baru-baru ini, babak berkemban yang dilakonkan oleh Izreen Azminda menjadi topik perbincangan hangat di kalangan penonton.

izreen azminda

Advertisement

Penggambaran filem ini telah dilakukan oleh Izreen sebelum perkahwinannya. Menurut Izreen, babak berkemban tersebut tidak menjadi masalah kepada dirinya. Kata Izreen kepada portal GUA:-

Setakat ini tiada masalah sebab bukan Izreen berbogel pun. Benda ini tak perlu jadi isu serta diperbesar-besarkan. Ini kerana bukan seluruh badan pun yang diambil. Izreen tahu orang akan mengata tapi Izreen anggap benda ini sebagai lumrah. Bagi Izreen, buat benda sikit pun kita akan dikecam.

izreen azminda

Namun Abang Nara respek kepada Izreen kerana berjanji tidak akan mengambil lagi tawaran yang mempunyai babak sebegini di masa hadap. Memang bagus. Itulah yang patut dilakukan oleh seorang isteri dan ibu. Kata Izreen lagi:-

Mula-mula memang agak kekok, tapi saya buat juga sebab ia tidak terlalu mendedah. Apapun, jika ditawarkan lagi aksi-aksi seperti ini selepas ini, saya tidak akan buat lagi kerana saya perlu lebih sensitif sebagai seorang isteri dan juga ibu,

Semoga babak berkemban di dalam filem Pecah ini akan menjadi lakonan seksi terakhir Izreen. Apa pun, jangan lupa saksikan filem ini mulai esok. Dengar ceritanya memang power dan mantap sungguh jalan ceritanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...