Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiada Makna Berduit Dan Popular Jika Hati Tidak Bahagia – Neelofa

Tidak mahu lagi melayan gosip percintaan lama, kontroversi dan tanggapan negatif netizen terhadap dirinya, pelakon dan pengacara Neelofa kini mahu meneruskan kehidupannya dan mencari kebahagiaan beliau diri.

Advertisement

Apa yang saya inginkan sekarang adalah kebahagiaan diri, dan soal lain saya tolak ke tepi. Dulu, saya memang mencari apa yang sangat diinginkan dalam hidup. Namun, tiada maknanya juga apabila berduit, mempunyai populariti dan hidup dalam limpahan kemewahan jika hati tidak bahagia. Saya belajar mengenal diri, apa yang membuatkan saya suka dan bersedih. Hari ini, datang apa saja dugaan, saya tetap gembira dengan hidup saya.

Bergelar selebriti tidak bermakna Neelofa kebal menghadapi segala kontroversi, beliau akui merasa rimas dirinya masih dikaitkan dengan Fattah Amin dan ada pula pihak yang menjaja kisah cinta mereka sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Bukan mudah bergelar selebriti, disebalik populariti dan kemewahan tiada siapa tahu isi hati Neelofa.  Semoga Neelofa terus tabah menghadapi segala dugaan dan asam garam kehidupan sebagai artis.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top