Tidak mahu lagi melayan gosip percintaan lama, kontroversi dan tanggapan negatif netizen terhadap dirinya, pelakon dan pengacara Neelofa kini mahu meneruskan kehidupannya dan mencari kebahagiaan beliau diri.
Apa yang saya inginkan sekarang adalah kebahagiaan diri, dan soal lain saya tolak ke tepi. Dulu, saya memang mencari apa yang sangat diinginkan dalam hidup. Namun, tiada maknanya juga apabila berduit, mempunyai populariti dan hidup dalam limpahan kemewahan jika hati tidak bahagia. Saya belajar mengenal diri, apa yang membuatkan saya suka dan bersedih. Hari ini, datang apa saja dugaan, saya tetap gembira dengan hidup saya.
Bergelar selebriti tidak bermakna Neelofa kebal menghadapi segala kontroversi, beliau akui merasa rimas dirinya masih dikaitkan dengan Fattah Amin dan ada pula pihak yang menjaja kisah cinta mereka sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Bukan mudah bergelar selebriti, disebalik populariti dan kemewahan tiada siapa tahu isi hati Neelofa. Semoga Neelofa terus tabah menghadapi segala dugaan dan asam garam kehidupan sebagai artis.