13 September lalu, Shila Amzah telah mengadakan sebuah konsert sulungnya di Malaysia. Menariknya menerusi akaun Instagramnya, Shila Amzah dilihat telah menempelak media Melayu yang tidak memberi liputan untuk konsertnya itu. Ternyata tindakan Shila yang kelihatan seperti mengagungkan media China dan merendahkan media Melayu telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.
Berkongsi gambar liputan yang diberikan oleh media China dan satu liputan oleh Berita Harian seperti gambar di atas, pihak Shila Amzah telah menulis (namun sekarang caption di bawah telah ditukar kepada “Thanks MEDIA” sahaja):-
Susulan kata-kata penuh sindiran tajam ini, portal-portal popular seperti GUA dan Murai telah menasihatkan agar penyanyi tersebut lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataannya. Malah ramai yang mengingatkan tentang sokongan yang telah diberikan sejak zaman awal kemunculan Shila. Menariknya, media Melayu yang tidak membuat liputan memaklumkan yang mereka tidak mendapat sebarang jemputan ke konsert tersebut. Hmmm. Kalau tak tengok macam mana nak cerita kan?
Hmmmmmm. Banyak pihak yang membuat anggapan bahawa Shila sudah seperti kacang lupakan kulit selepas mendapat kejayaan di negara China. Apa kata anda? Wajarkah media Melayu dipersalahkan dalam hal ini? Atau memang benar kata-kata Shila Amzah ini? Sila berikan pendapat di ruangan komen.