Tiada Lesen Dan Kad Kesihatan, Kedai Minuman Bubblebee Milik Shuib Di Cawangan Kuantan Ditutup

Hiburan

Tiada Lesen Dan Kad Kesihatan, Kedai Minuman Bubblebee Milik Shuib Di Cawangan Kuantan Ditutup

Semakin melebarkan sayap, pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu kini semakin maju mengusahakan kedai minuman beraskan madu di seluruh Malaysia.

Namun beigtu, dilaporkan bahawa cawangan terbaharu kedai minuman yang diberi nama BubbleBee milik pelawak itu yang terletak di Jalan Beserah, Kuantan, Pahang terpaksa ditutup gara-gara tidak didaftarkan lesen perniagaan dan juga kad kesihatan.

Advertisement

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) apabila mereka memuat naik satu hantaran di Facebook rasmi yang memaklumkan bahawa premis berkenaan telah beroperasi tanpa lesen sah.

Kenyataan MPKSumber : Facebook Majlis Perbandaran Kuantan  

Ketika meninjau ruangan komen, seorang individu yang mendakwa dirinya salah seorang pekerja yang berkhidmat di bahagian pengurusan jenama cafe berkenaan telah tampil memberikan penjelasan sebenar tentang apa yang sebenarnya terjadi.

Kenyataan Staff BubbleBeeSumber : Facebook Majlis Perbandaran Kuantan  

Namun begitu, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak Shuib mengenai isu tersebut.

Sekadar info, kedai minuman Bubblebee di Jalan Beserah itu baru sahaja dilancarkan kelmarin beserta satu lagi cawangan yang terletak di Terminal Sentral Kuanta. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih 27 cawangan BubbleBee telah dibuka di seluruh Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...