Sudah mencecah usia 34 tahun, sehingga ke hari ini Dayang Nurfaizah masih tiada teman istimewa yang boleh digelar kekasih, sekaligus membuatkan hasratnya untuk mendirikan keluarga agak sukar untuk tercapai. Abang Nara secara jujur suka melihat Dayang. Berkulit sawo matang, bermata galak dan senyuman memikat, Dayang mempunyai identiti dan daya tarikan yang tersendiri. Sayangnya, sehingga ke saat ini, tiada lelaki yang cuba untuk mendekati penyanyi hebat ini.
Mungkin ramai yang beranggapan Dayang Nurfaizah seorang yang sombong dan susah untuk didekati. Itu yang lelaki-lelaki di luar sana cuak untuk cuba mengorat. Sikap Dayang yang terus pulang ke rumah selepas menyelesaikan satu kerja juga menyukarkan proses pengoratan berlaku. Kata Dayang:-
Siapa tidak cemburu bila melihat teman sebaya semua sudah berkahwin. Andai ada jodoh, memang saya ingin berkahwin. Tapi jujur tidak ada sesiapa pun yang cuba mendekati.
Mungkin saya sendiri kurang bercampur, biasanya selepas kerja saya terus bergegas pulang ke rumah. Jika tidak bekerja pula, saya lebih banyak meluangkan masa melayan anak buah di rumah. Saya tidak mempunyai masa melepak seperti orang lain.
Tapi mungkin juga sikap saya sendiri yang terlalu takut untuk berkawan. Bukan apa, kadang kala kita tidak tahu niat orang itu berkawan dengan kita. Adakah dia ikhlas atau sekadar untuk mengambil kesempatan? Jadi perkara itu mungkin menyebabkan kenapa saya lambat mendapat jodoh
Walaupun di zaman moden ini proses mengorat juga sering berlaku menerusi talian telefon, namun sayangnya Dayang Nurfaizah merupakan seorang gadis yang jarang berkepit dengan telefon. Kata Dayang lagi:-
Saya memang tidak suka berkepit dengan telefon, ada kalanya saya sendiri lupa di mana saya meletakkan telefon bimbit saya. Memang sepanjang berada dalam bidang ini, tidak ada pula saya menerima mesej daripada sesiapa yang ingin berkenalan kerana tidak ramai yang tahu nombor telefon peribadi saya, hanya keluarga terdekat saja yang ada.
Saya pun sebenarnya tidak suka berkongsi cerita peribadi dengan umum. Bagi saya biarlah kisah hati eksklusif untuk saya saja, bukan apa saya bimbang jika sesuatu terjadi kepada perhubungan, ia akan menjadi bahan peminat.
Kalau begini gayanya, memang sukarlah untuk Dayang dingorat oleh lelaki-lelaki di luar sana. Dayang kenalah membuka minda dan hati terlebih dahulu. Pastikan diri mudah didekati. Namun paling penting, kena sentiasa berhati-hati sebab ramai lelaki di luar sana sekarang ini yang suka menipu. Jangan mudah percaya, sentiasa ada syak wasangka dan selalu buat background check. Semoga Dayang akan menemui cinta sejatinya satu hari nanti. Sumber Berita Harian.