May 17th, 2019

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini Rabu lepas atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Ada pihak bagaimanapun merasakan Farid boleh mendapat keistimewaan dan diberi kelonggaran sewaktu menjalani hukuman memandangkan dia berpangkat ‘datuk’ dan bergelar selebriti.

mStar Online bagaimanapun melaporkan, sumber Penjara mengatakan bahawa Farid akan dilayan sama seperti banduan lain dan dia tidak berbeza dari mereka.

Seperti banduan-banduan lain, Farid Kamil akan dilayan sama rata. Tiada istilah artis, orang kenamaan, berpangkat atau berjawatan besar diberikan layanan berbeza atau istimewa apabila mereka menjalani hukuman di penjara.

Apabila disabitkan hukuman penjara, sesiapa pun adalah sama sebagai banduan dengan kesalahan dan tempoh hukuman yang berbeza.

Farid ditempatkan di Penjara Kajang selama seminggu untuk tempoh kuarantin sebagai sebahagian daripada prosedur sebelum dipindahkan ke Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD) yang terletak di kawasan yang sama.

Dalam kejadian Januari tahun lepas, Farid ditahan kerana melempang anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Dia kemudiannya didapati positif ganja. – Beautifulnara.com via mStar Online


40 responses to ““Tiada Layanan Istimewa Buat Farid Kamil Di Penjara””

  1. meetomato says:

    kenapa la SESETENGAH artis melayu ni mmg kehidupan mereka penuh dgn penipuan & tak jujur dgn semua orang including family sendiri.

    contohnya Benjy, good actor tapi kena cekup berkali-kali atas sebab dadah. Sekali dua kene cekup, asyik2 ckp bkn dier, kene lepas. Hujung2 masuk dokumentari Indonesia psl kes dadah & now mmg dalam jail.

    Pelakon bukan Melayu, Tony Eusoff, kene tangkap di Singapore atas kes dadah gak. Die ngaku & kene penjara 8 bulan tapi kene release awal cos of good behaviour.

    So, you see, org kapir yg korang salu digelar atau di war-warkan, tak banyak songeh & sanggup bertanggungjawab dari yg suka putar belit cerita sampai fitnah org sana sini.

    So, why huh ada attitude begini?

  2. burit says:

    apa bawah hidung kau tu farid?

  3. nismell says:

    agak2 la kena liwat x dia ni kat penjara tu…eeeuuuwwwww…serammmmm

  4. Anonymous says:

    maaf, this is going to be a bit sensitive ya. DD is her mom’s only child. segala kasih sayang, harapan & pengorbanan dibuat utk anak dia yg satu ni. Kalau tak silap mak dia single mom kan? Sbg ibu, tak salah dia nak yg terbaik untuk anak dia.
    Since dari awal lagi dia kurang berkenan dgn FK, mcm mana FK nak cuba sejukkan dan ambil hati mak mertua? Boleh cuba pelbagai cara, contoh: solat berjemaah sekali, lepas solat cium tangan minta maaf mcm kita selalu buat dengan mak ayah kita sendiri, tanggung nafkahnya, make sure makan pakai mak mertua cukup (bukan takat bini jer), make sure kesihatannya terjaga. Bukan apa, dalam keluarga kecik tu, FK is the only male yang dah akil baliqh, yang mana kebajikan DD, mak mertuanya dan anak2nya diletakkan di bawah jagaan FK. Like it or not this is the fact. Mak mana yg dahi tak berkerut bila tengok menantu laki rambut panjang, muka penuh jambang, muka tak larat & ngantuk memanjang? Ini baru fizikal, belum perisiannya i.e. beri keterangan palsu dlm kes dadah ni, sampai org lain yang tak berkenaan habis dikencing, daripada kawan (Sofi Jikan) ke mak mertua. Mak mertua stick by DD’s side pun because she loves her daughter and wants to be the support that she needs when the going gets tough; macam sekarang. Really, FK, lepas keluar penjara, sujud & minta maaf not only to your family, but also to your mother in law juga. Without her, you imagine macam mana you & DD boleh raise a family and work at the same time. A mother knows best after all. Jgn underestimate judgement seorang ibu. Mothers go by gut instinct and usually they are right. Perbaiki diri, ikut landasan yg betul, bina keluarga ikut cara Islam & Nabi so that you can be the best ketua keluarga that you can be. You have to lead by example, bro!

  5. sos says:

    farid kamil ni silap laaaa…..
    patut ikut stail Lan Pet Pet… byk kali kantoi kes polis terajang orang tp lepas… kes dgn polis trafik dulu pun lepas…. sbb satu dia tuh dgr jer nak masuk mahkamah dan2 terus muncul minta maaf buat muka seposen…. itu lah kehebetan Lan Pet Pet.. dia bole buat muka kesian tak bole blah… belajar laa ilmu Lan Pet Pet yerrrr

    • Anonymous says:

      Lan x pukul polis.. sekiriti guard je. Apa daa!

    • Anonymous says:

      baca laaa betul2.. ayat direct pun xsampi… lembeb nyerrr
      byk kali kantoi kes polis terajang orang = lan ni byk kes polis sbb teranjang org… tp lepas
      kes polis trafik tuh jd kes polis jgk sbb maki hamun & menghalang jalan kan tugas… mane ade tulis pukul polis
      sesiapa pun kalo pukul2 ni jd kes polis… patut masuk mahkamah bicara.. lan ni teknik dia baikkk dtg minta maaf nangis2 terus kes tutup

Loading...