Pendakwah selebriti, Da’i Syed memaklumkan dia langsung tidak menerima sebarang tawaran kerja setelah dia terpalit kontroversi dan tuduhan rogol sebelum ini.
Ujar Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, dia reda dengan ketentuan itu dan yakin akan rezeki Allah S.W.T.
Setakat ini saya memang sudah tiada sebarang tawaran kerja tapi Insya-Allah kalau Allah takdirkan ada rezeki, adalah.
Tambahnya lagi, dia dan isteri Hana Ismail akan kembali aktif berniaga di atas talian bagi menjana pendapatan.
Kami dalam perancangan memulakan semula bisnes menjual gelang perhiasan wanita dari Mesir. Insya-Allah saya akan mulakan siaran langsung di TikTok dan untuk semua, bolehlah sokong dan beli barangan kami.
Syed dalam pada itu mendedahkan bahawa dia ada membaca komen-komen netizen di alam maya namun lebih memilih untuk sekadar tengok dan tidak menyimpannya di dalam hati.
Saya ada baca, tetapi tidak simpan dalam hati, sekadar tengok sahaja. Sebagai manusia saya pun ada rasa sedih.
Terdahulu, Syed dirakam hadir ke mahkamah untuk menguruskan pemfailan petisyen rayuan.
Menurut peguam Syed, kes tersebut akan disambung semula pada 10 Disember ini.
Pada 30 Ogos lalu, Syed telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium pada tahun 2019.
Syed walau bagaimanapun dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman tersebut pada 20 September lalu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.