Tiada Lagi Video Masakan Dari Atuk ‘Grandpa Kitchen’, Jasamu Dikenang Netizen

Kehidupan

Tiada Lagi Video Masakan Dari Atuk ‘Grandpa Kitchen’, Jasamu Dikenang Netizen

Rasanya pasti ramai pencinta makanan telah mengikuti dan menonton semua video yang di muat naik melalui saluran YouTube ‘Grandpa Kitchen’.

Pasti anda semua mengenali seorang seorang lelaki berusia, Narayana Reddy, 73 tahun dari Telangana, India yang suka memasak pelbagai hidangan untuk diberikan kepada anak-anak yatim.

Advertisement

atuk memasak

Apa yang istimewanya, beliau memasak dalam jumlah yang banyak di luar rumah dengan menggunakan kayu api dengan sangat santai dan bersahaja.
masak pakai kayu api

Namun, kita semua sudah tidak lagi dapat melihat videonya yang sangat ikhlas memasak untuk anak-anak yatim, beliau sudah meninggal dunia 3 hari lepas.
masak untuk anak yatim

Berita ini diumumkan melalui video terbaru di channel Youtube ‘Granpa Kitchen’ yang bertajuk “Grandpa’s An Emotional and Heart Touching Final Journey”. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun.
atuk meninggal dunia

Terima kasih atuk kerana selalu memasak untuk anak-anak yatim dan banyak berkongsi video masakan kepada kami semua. Jasamu dikenang oleh semua orang di seluruh dunia.

 

Sumber: Youtube

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...