Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan di Malaysia sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.
Katanya, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada tahun lalu dan memaklumkan kerajaan akan menggantikan dengan pendekatan yang lebih bersasar.
Bagaimanapun, Alexander tidak menyatakan apakah pendekatan bersasar yang akan digantikan dengan pemberhentian tol percuma itu.
Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar), tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan.
Tambahnya, keputusan terbabit dibuat kerana kerajaan mahu menyelaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar dan perincian tentang itu akan dimaklumkan kemudian.
Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, …akan dibincangkan.
Menurut Berita Harian, sebelum ini kerajaan memaklumkan syarikat konsesi tidak menanggung sebarang implikasi kewangan berikutan pengecualian tol pada musim perayaan kerana kos pemberian tol percuma dibayar oleh kerajaan.
Secara purata, kerajaan dilaporkan membayar kira-kira RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya menerusi pelaksanaan tol percuma.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.