Tiada Lagi Super Safiq Di JDT

Trending

Tiada Lagi Super Safiq Di JDT

Teka-teki tentang status pemain tengah Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim atau lebih dikenali sebagai Copot akhirnya terjawab apabila dia disahkan tidak akan bersama JDT lagi.

Advertisement

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebagai pemilik kelab itu sendiri yang mengumumkan tentang perkara tersebut di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Safiq tidak lagi akan menyarung jersi pasukan ditangga teratas Liga Super Malaysia itu pada musim hadapan.

Menurut Tunku Ismail, pemergian Safiq satu kehilangan besar memandangkan ketua pasukan itu banyak memainkan peranan utama dalam kejayaan JDT.

“Selamat maju jaya diucapkan kepada Safiq Rahim. Dari pandangan ikhlas saya, beliau adalah pemain yang paling berjaya sekali dalam JDT dan sudah banyak membantu JDT untuk mencapai matlamat-matlamat kami.

“Pemain paling berjaya, kapten terbaik dalam sejarah JDT dan pemain bola sepak terbaik yang bukan saja sudah memberi sumbangan kepada JDT tetapi juga kepada kelab seperti Selangor dan skuad kebangsaan,” 

Safiq juga disifatkan sebagai pemain paling berjaya dalan pembangunan Harimau Selatan sejak beberapa tahun lalu. Dia juga antara pemain terawal yang ditandatangani oleh JDT pada tahun 2013.

TMJ juga turut mengalu-alukan kepulangan Safiq jika dia ingin kembali ke kelab itu semula.

“Pintu di Johor sentiasa terbuka untuk beliau dan walau apa pun, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dari saya, JDT dan semua penyokong serta keluarga JDT”

Sepanjang enam musim bersama JDT, Safiq telah merangkul semua kejuaraan utama di Malaysia seperti Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

Namun, kejayaan paling istimewa yang tidak akan dilupakan adalah menjuarai Piala AFC 2015. Bukan itu sahaja, kejuaraan itu juga merupakan kenangan manis baginya kerana dia dinobatkan sebagai pemain paling bernilai Piala AFC2015.

Setelah enam musim bermain bersama JDT, ini mungkin masa terbaik untuk Safiq keluar dan mengembangkan lagi sayapnya sebagai pemain bola sepak profesional yang lebih baik dan sememangnya ramai yang telah mengakui kehebatannya dalam arena bola sepak Malaysia.

Dia dikhabarkan mahu bertukar angin dengan menyertai kelab di luar negara tetapi masih belum ada pengesahan mengenainya.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Safiq Rahim dan kelibatnya di padang pasti akan dirindui oleh para peminat JDT.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...