Tiada Lagi Straw Mulai Julai Ini Di Selangor!

Kehidupan

Tiada Lagi Straw Mulai Julai Ini Di Selangor!

Mulai 1 Julai ini semua premis makanan di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman plastik kepada pelanggan.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor Hee Loy Sian berkata, keputusan itu sebulat suara dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baru-baru ini.

Advertisement

Menurutnya, premis juga turut dilarang menyediakan penyedut minuman plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan.

Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan meletakkan syarat ini dalam Syarat Permohonan Lesen Perniagaan semasa pengusaha mengemukakan permohonan baru atau membaharui lesen perniagaan masing-masing.

Loy Sian berkata, dasar itu juga selaras dengan Kempen Bebas Plastik yang sedang dijalankan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna (single-use plastics) seperti beg plastik, polistirena, penutup/pelapis makanan plastik dan bahan plastik pakai-buang.

Objektif utama dasar ini untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran penduduk berhubung kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna khususnya straw plastik terhadap kesihatan dan alam sekitar.

Di samping itu, pelaksanaan dasar ini dijangka akan dapat membantu kerajaan mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha kitar semula.

Beliau berkata, PBT akan memantau pelaksanaannya dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan penguat kuasaan berkenaan.

Pada masa sama, Loy Sian berkata, pengusaha premis makanan dan minuman atau restoran digesa memberikan kerjasama serta bantuan supaya objektif pengurangan penggunaan plastik tercapai.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...