Tiada Lagi Sidang Akhbar Harian COVID-19 Mulai Minggu Hadapan

Trending

Tiada Lagi Sidang Akhbar Harian COVID-19 Mulai Minggu Hadapan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam mengumumkan, mulai minggu hadapan tiada lagi sidang akhbar harian berkenaan perkembangan COVID-19 di negara ini.

“Kita tetap memberi maklumat terkini. Tetapi mungkin mulai minggu depan kita akan jarakkan hari bagi sidang akhbar ini.”

Advertisement

Dr. Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih kepada semua media yang juga merupakan barisan hadapan, kerana telah bekerja keras setiap hari untuk menyampaikan berita bagi bersama-sama menjayakan misi memutuskan rangkaian COVID-19 di negara ini.

Dia berkata demikian sebelum mengakhiri sidang akhbar semalam yang menjadi rutin hariannya sejak negara dilanda pandemik itu lebih tiga bulan lalu.

Dr Noor Hisham merupakan ikon penting yang telah menarik hati seluruh rakyat Malaysia setiap kali muncul di kaca televisyen. Rakyat memuji sikapnya yang sentiasa tenang dan profesional dalam menjawab serta menerangkan setiap persoalan mengenai COVID-19.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...