Tiada Lagi Qualcomm Untuk Iphone, Kelajuan Android Lebih Unggul

Trending

Tiada Lagi Qualcomm Untuk Iphone, Kelajuan Android Lebih Unggul

Apple akan menghentikan sepenuhnya penggunaan modem mudah alih Qualcomm untuk model iPhone seterusnya. Keputusan ini di buat oleh Apple setelah isu royalti pattern dengan pembuat cip mudah alih ini.

Sumber: Wccftech

Seperti yang dilaporkan oleh mashable.com Apple memutuskan untuk tidak lagi menggunakan Chipset Qualcomm untuk keluaran iphone pada masa akan datang. Pada masa ini iphone masih menggunakan modem Qualcom untuk peranti rangkaian CDMA dan Intel untuk rangkaian GSM LTE.

Advertisement

Qualcom lebih pantas daripada Intel

Sumber: Gazmo China

Satu kajian oleh Ookla (sebuah syarikat pengumpulan data internet), mendedahkan bahawa modem Intel masih tidak boleh menandingi kelajuan Flagship terbaru Qualcomm Snapdragon 845.

Dengan data ini, maka akan memberi lebih banyak kelebihan untuk telefon pintar Android terbaru yang menggunakan snapdragon chapter 845. Dari segi kelajuan akses data internet, Qualcomm adalah lebih unggul.

Ookla juga melakukan ujian kelajuan data dan menunjukkan bahawa kelajuan telefon pintar android yang menggunakan Qualcomm terkini 64 % lebih laju berbanding chipset Intel yang digunakan oleh Iphone.

Keputusan Apple ini pasti satu khabar buruk untuk penggemar iPhone kerana rata-rata mengganggap iphone merupakan telefon pintar terbaik jika dibandingkan dengan android.

Sumber: Klikmania

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...