Tular sejak semalam mengenai laman web yang boleh diakses secara percuma di mana ia mendedahkan data peribadi rakyat Malaysia dengan cara memasukkan nombor kad pengenalan individu.
Difahamkan, laman web tersebut turut mendedahkan nama penuh, alamat rumah, maklumat bank berserta wajah lengkap.
Tangkap layar muka depan laman web tersebut kemudiannya menjadi tular dan telah mencetuskan perdebatan ramai netizen di media sosial.
Seperti tiada privasi lagi, ramai yang meluahkan rasa terkejut dan takut apabila data peribadi mereka boleh diakses bila-bila masa oleh orang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.