Tiada Lagi Persefahaman, Zahid AF2 Dan Isteri Bercerai

Hiburan

Tiada Lagi Persefahaman, Zahid AF2 Dan Isteri Bercerai

Lama menyepi daripada dunia hiburan, tiada angin dan tiada ribut, penyanyi Zahid AF2 mengesahkan dia sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Julifa Yusof pada 18 Julai lalu.

Advertisement

Zahid menegaskan mereka berpisah secara baik dan langsung tidak melibatkan orang ketiga ataupun berlakunya pergaduhan. Cuma, tiada lagi persefahaman sebagai suami isteri.

Betul, saya sudah bercerai iaitu tiga hari sebelum hari jadi bekas isteri pada 21 Julai. Keputusan dibuat bersama dan kami selesaikan cara baik. Lagi pun, sudah hampir setahun kami tidak tinggal sebumbung.

Perceraian adalah jalan terbaik buat kami. Kalau tidak, ia hanya akan lebih memudaratkan hubungan. Kami berpisah secara baik.

Bukan sebab orang ketiga, gaduh atau apa-apa. Cuma, kami sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan.

Zahid dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...