Tiada Lagi Perkongsian Video Vine, Twitter Umum Akan Tutup Servis

Trending

Tiada Lagi Perkongsian Video Vine, Twitter Umum Akan Tutup Servis

Twitter telah mengumumkan akan menutup servis perkongsian videonya, Vine, selepas empat tahun servis itu diberoperasi. Dengan Vine, pengguna boleh berkongsi video enam saat yang mana ditayangkan secara berulang-ulang.

Advertisement

Namun pihak Twitter tidak memberikan sebab ekoran penutupan itu namun pada awal Khamis syarikat itu telah menyatakan bahawa ia akan memotong 9% dari tenaga kerjanya berikutan kelembapan pertumbuhan platform media sosial itu.

“Dalam masa beberapa bulan lagi, kami akan menghentikan aplikasi telefon pintar itu (Vine)”, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di laman Medium.

Bagaimanapun syarikat itu berkata pihaknya tidak akan membuang mana-mana video Vine yang telah dimuat naik – sekurang-kurangnya untuk masa sekarang.

“Kami sangat menghargai anda (pengguna), video vine anda dan kami akan lakukan (penutupan) dengan cara yang betul.

“Anda masih lagi boleh mengakses dan memuat turun video Vine. Kami akan pastikan laman web itu sentiasa online kerana kami fikir sangat penting untuk semua menonton bagaimana Vines-Vines tersohor dicipta dan dibuat”, katanya.

Sumber: BBC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...