Tiada Lagi Peraturan Penjarakan Sosial, Rapid KL Akan Kembali Ke Tahap Perkhidmatan Normal

Trending

Tiada Lagi Peraturan Penjarakan Sosial, Rapid KL Akan Kembali Ke Tahap Perkhidmatan Normal

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan mula berkuatkuasa esok, pihak Rapid KL tidak lagi akan menguatkuasa peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen mereka. Ini bermaksud Rapid KL akan kembali kepada tahap perkhidmatan normal sebelum pelaksanaan PKP sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Encik Abdul Hadi Amran berkata langkah yang diambil itu adalah adalah sejajar dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk PKPP. Iaitu membenarkan kapasiti 100 peratus kepada semua perkhidmatan rel kecuali ETS dan KTM Intercity.

Advertisement

rapidkl

Bagi pengguna tegar LRT dan MRT, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang dan Laluan Monorel, yang dikendalikan oleh Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial di dalam tren.

Semua tanda arahan penjarakan sosial juga telah dibuang dari tren dan stesen.

Walaupun arahan penjarakan sosial telah ditamatkan, prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada masih lagi akan diteruskan. Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengikuti peraturan sedia ada dan mematuhi norma baharu yang cuba dilakukan.

Prosedur keselamatan dan kesihatan untuk menggunakan perkhidmatan rel adalah seperti berikut:

  • Pengambilan suhu pekerja dan penumpang. Para pekerja atau penumpang yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah Celsius tidak akan dibenarkan masuk dan dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.

rapid kl

  • Pemakaian topeng muka dan hidung adalah WAJIB kepada semua pekerja dan penumpang semasa berada di dalam sistem pengangkutan awam.
  • Penggunaan cecair pembasmi kuman ‘hand sanitizer’.
  • Penggunaan fasiliti dan transaksi bukan tunai seperti pas bulanan atau kad Touch N Go adalah digalakkan.

rapidkl

Para penumpang juga digalakkan untuk memuat turun, menggunakan aplikasi MySejahtera serta mengimbas QR kod dan menggunakan hand sanitiser yang disediakan di kawasan stesen. Memahami kebimbangan pengguna, Abdul Hadi berkata kerja-kerja membasmi kuman dan pembersihan stesen-stesen serta di dalam tren akan diteruskan secara gigih seperti masa-masa lepas.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...