Tiada Lagi Peperiksaan Darjah 1 Hingga 3 Mulai Tahun Hadapan

Trending

Tiada Lagi Peperiksaan Darjah 1 Hingga 3 Mulai Tahun Hadapan

Dunia persekolahan anak-anak kita sekarang makin mencabar. Silibus yang dipelajari oleh mereka semakin lama semakin susah berbanding pada zaman kita dahulu. Setiap kali musim peperiksaan tiba, anak-anak mulai dari sekolah tadika lagi dah mula rasa tertekan untuk mengejar ranking terbaik di dalam kelas.

Sistem pendidikan Malaysia yang biasanya menentukan kedudukan kelas berdasarkan peperiksaan dan mentaliti kebanyakkan ibu bapa yang ‘memaksa’ anak mereka untuk mendapat nombor yang terbaik di dalam kelas mungkin akan mengganggu minat anak-anak itu sendiri itu belajar.

Advertisement

Hari ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan satu perubahan untuk sistem pendidikan negara di laman Twitternya. Perubahan itu ialah tentang pemansuhan peperiksaan bagi murid Tahun 1 hingga 3 yang akan dilakukan mulai tahun depan. Peperiksaan itu akan digantikan pentaksiran lebih objektif.

Beliau bagaimanapun masih belum mendedahkan silibus yang bakal digunakan bagi menggantikan peperiksaan tahap 1 yang bakal dilaksanakan bermula 2019 nanti.

Hasrat saya adalah untuk menggantikan budaya peperiksaan dan mentaliti “exam-oriented” di sekolah kepada pentaksiran yang “learning-centered”.

Rata-rata netizen menyokong tindakan yang diambil oleh YB Dr Maszlee Malik dan mengatakan perkara ini patut dilaksanakan kerana dapat mengurangkan tekanan anak-anak dan mereka boleh pergi ke sekolah dengan gembira.

Para tenaga pengajar juga menyambut baik pengumuman ini, tetapi mereka mengharapkan agar beban kerja para guru juga dapat dikurangkan supaya mereka dapat memberikan yang terbaik kepada semua pihak.

Sejak dilantik ke jawatan itu, Maszlee melaksanakan beberapa pembaharuan terhadap sistem pendidikan negara seperti mengurangkan kerja pentadbiran guru, murid tidak perlu menggalas beg sekolah berat, meningkatkan penggunaan bahasa Malaysia dan menggalakkan pelajar menguasai lebih 3 bahasa. Yang paling mendapat perhatian dan reaksi ialah tentang cadangan menukarkan warna kasut sekolah daripada putih ke kasut berwarna hitam.

Walau apapun cadangan dan keputusan yang akan dilakukan, kami berharap semua itu dapat memberikan keputusan yang positif serta dapat membantu bukan sahaja murid dan ibu bapa, tetapi juga para tenaga pengajar.

Sumber: Dr Maszlee Malik, FMT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...