Tiada Lagi Penjarakan Sosial, Tahanan Di Penjara El Salvador Diarah Berhimpit Semasa Covid-19 Melanda

COVID-19

Tiada Lagi Penjarakan Sosial, Tahanan Di Penjara El Salvador Diarah Berhimpit Semasa Covid-19 Melanda

Amerika Latin mempunyai beberapa penjara yang padat dengan tahanan paling berbahaya di dunia antaranya penjara Izalco di El Salvador.

Selain mempunyai penjara dengan angka tahanan tertinggi, negara El Salvador juga mempunyai salah satu angka pembunuhan per kapita tertinggi di dunia.

Advertisement

El Salvador

Baru-baru ini beberapa foto mengagumkan yang memaparkan banduan penjara di sana sedang dipaksa duduk berhimpit di dalam penjara semasa wabak Covid-19 melanda tersebar di alam maya.

El Salvador

El Salvador

Difahamkan, perkara tersebut adalah hukuman yang melibatkan tahanan anggota geng perumahan yang telah terlibat dengan pembunuhan di negara tersebut sehingga menyebabkan sebanyak 24 pembunuhan yang telah dicatatkan sejak Jumaat lalu dan 29 lagi baru didaftarkan pada Ahad lepas.

El Salvador

“Pemimpin geng akan berkurung di dalam penjara sendirian.”

Akibat daripada lonjakan pembunuhan yang telah berlaku secara tiba-tiba, Presiden El Salvador Nayib Bukele telah melaksanakan perintah berkurung di negara tersebut dan menahan semua geng yang terlibat dengan membiarkan mereka duduk berhimpit bersama selama 24 jam.

El Salvador

Tidak ada hubungan dengan dunia luar. Kedai akan ditutup dan semua aktiviti ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Namun, perintah penahanan tersebut dikatakan akan terus dilaksanakan sehingga polis selesai menyiasat kes pembunuhan yang telah dilaporkan itu, memandangkan itu adalah jumlah tertinggi dalam satu hari sejak Presiden Bukele memegang jawatan pada Jun lalu.

Untuk pengetahuan anda, lebih dari 100,000 orang di El Salvador terpaksa meninggalkan kediaman mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana ancaman geng jalanan negara itu.

Walaubagaimanapun, setelah kejadian itu berlaku Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendesak pemerintah untuk melindungi kesemua banduan daripada pandemik Covid-19 dan telah menyarankan untuk membuat pembebasan sementara untuk mengurangkan kesesakan di dalam penjara tersebut.

Oleh hal yang demikian, hakim di El Salvador telah mengeluarkan pendapatnya untuk membebaskan mereka yang berusia lebih dari 60 tahun dan menghidap penyakit terminal sahaja buat sementara waktu ini, namun anggota geng yang terlibat dalam kes pembunuhan baru-baru ini akan dikecualikan.

El Salvador

Namun, setakat ini masih tiada keputusan yang telah dibuat oleh negara tersebut memandangkan jika pembebaskan tahanan dibuat peningkatan keganasan geng di negara tersebut pasti akan berlaku.

Sumber: (1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...